Alang-alang berjalan kaki sambil bersiar-siar di sini. Kami terus menuju ke pasarnya,umpama Pasar Siti Khadijah Kelantan tapi di sini kecillah. Seronok datang sini,macam-macam ada.Nampak saja buah-buahan memang mengiurkan,apa lagi Abe Mat pun mulalah tawar-menawar dengan makcik penjual ni. Ramai pula yang datang tengok kami beli buah pisang.
Buah pisang tadi beli terus makan di situ saja,kami ambil yang paling sikit.Malas nak bawa ke hulur ke hilir.Laaa...dah dapat sehelai baju T,kami beli buat kenang-kenangan.satu lagi yang berwarna merah tak lah berebut baju nanti.
Inilah suasana bahagian depan pasar ,tak ramai orang sebab cuaca nampak mendung.Rasanya macam nak hujan...
Kaum Hawa mesti suka ini.
Ini lagi...banyak yang cantik saja tak mahu upload,biar pembaca datang sendiri shopping di sini,baru puas hati.
Pakaian lelaki pun ada,jangan khuatir pun banyak pilihan. Seluar jeans pun banyak memang cantik dan sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa. Harga usah cakaplah memang berpatutan kenalah pandai tawar-menawar dan kenalah juga rajin masuk satu kedai ke kedai yang berlainan. Kalau rajin pasti anda mendapati antara satu kedai dengan kedai sebelahnya kadar harga barangan yang berbeza dan mungkin itu pilihan anda.
6 comments
Wow!
ReplyDeleteany cenderahati utk http://igossiprizal.blogspot.com/2012/08/idefine-best-friend.html x? hhee
tempat yg sesuai utk wanita ni hehe
ReplyDeleteseronoknya..seamat berbuka puasa ye
ReplyDeletebila lagi nak ke sana? nak kirim baju pengantin :)
ReplyDeletecntiknya baju..
ReplyDeleteKhairul...pakaian lelaki pun ada.
ReplyDeleteDkna nak puas hati kena pergi pilih sendiri.