­

Sungai Golok ke Hat Yai

16:08 / BY najiahs
Hentian yang paling saya suka.Bila perjalanan jauh begini,makanan ringan menjadi pilihan.Selesai makan tengahari sebentar tadi kami jenguk-jenguk kedai makanan ringan di sebelah kedai makan tersebut.Sebenarnya jarak masa perjalanan dari Sungai Golok ke Hat Yai tidaklah jauh mana pun,tetapi sekadar ingin membeli makanan ringan buat si cilik yang ada bersama kami.Sambil melihat aneka pilihan makanan ringan yang enak.Si kakak (gambar di atas sekadar memerhati) tetapi si adik terus saja ambil yang berkenan.Maklumlah si adik kuat makan.Seronok...

Continue Reading

Masuk di Sungai Golok/Su-Ngai Kolok

13:15 / BY najiahs
Alhamdulillah ..... Allah permudahkan segala urusan kami,untuk perjalanan/trip kali ini kami membawa ahli keluarga bercuti ke Thailand ketika cuti perayaan tahun baru cina yang lepas.Dari kampung kami Melor,Kota Bharu ke Rantau Panjang tidaklah jauh sangat bagi kami melepasi Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok. Kalau dulu jambatan ini dikenali sebagai "Harmony Bridge".Jambatan yang dibina atas dasar kerjasama jalinan erat ini pada Mei,1973 sudah 39 tahun lepas.Ketika pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein Al-Haj,manakala Perdana menteri...

Continue Reading

Selamat tinggal Hanoi

14:06 / BY najiahs
Akhirnya kisah ride kami ke Sapa Loop tamat di sini. Kebetulan pula terserempak dengan kawan lama yang merupakan tour guide kami 5/6 tahun lepas. Malah lebih memeranjatkan beliau boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.Beliau membawa rombangan Malaysia,katanya.Pemandangan di Airport Noi Bai.Setelah selesai check-in,kami berehat di sini.Akhirnya berjumpa juga dengan makcik dan rombongannya yang dibawa oleh kawan saya (kawan Vietnam).Makcik berdua ini sudah berpangkat nenek,sememangnya mereka adalah kawan baik dan selalu bercuti bersama.Oleh kerana mereka sudah kehilangan...

Continue Reading

Kenangan di Hanoi

13:05 / BY najiahs
Paparan kali ini saya pelbagaikan gabungan gambar yang saya ambil sepanjang kami berdua berada di Bandar Hanoi.Di atas merupakan salah satu kedai di Old Quarter yang menjual hasil seni masyarakat tempatan.Apa yang berjuntai merah tu? Itulah pakaian tradisional masyarakat H'mong (Bac Ha) di Vietnam.Ini pula restauran yang menghidangkan makanan HALAL,selain dari NISA RESTAURANT. Ingat tak lagi kisah kami berjumpa pelajar Singapura,yang membawa handycam unik.Kami bertemu mereka dan bertukar maklumat serta menuju ke restauran Tandoor ini.Ini...

Continue Reading

Pelajar Singapura

19:11 / BY najiahs
Pelajar warganegara Singapura ini kami terserempak ketika dalam perjalanan pulang dari Nisa Restauran.Kebetulan pula restauran Nisa tutup seketika sehingga waktu makan malam. Oleh kerana dah lapar kami menapak mencari restauran Tandoor. Restauran Tandoor ini juga turut menyediakan hidangan halal.(entry akan datang saya paparkan gambarnya).Sempat juga Abe Mat bertukar maklumat dengan pelajar-pelajar kolej ini. Bagusnya dan bertuah mereka kerana dalam usia muda mereka sudah menjelajah ke negara asing hanya berbekalan simpanan tabungan mereka, juga pendapatan tambahan/sampingan...

Continue Reading

Hanya di Hanoi

18:10 / BY najiahs
Masih di Hanoi kita,saya tidak akan beralih cerita pengembaraan baru selagi saya berpendapat pembaca berhak melihat sesuatu yang menarik HANYA DI HANOI.Nasib baik,kami tak ambil pisang tu.Ini juga pemandangan biasa di sekitar Old Quarter,Hanoi.Kuala Lumpur pun ada sebegini tapi rasanya tidak seunik di Hanoi.Bagi yang berminat dengan beg-beg boleh beli di jalanan sebegini. Beg baru ni,hanya perlu pandai tawar-menawar pasti kalian dapat harga terbaik dan murah.Umum sedia maklum Vietnam,pengangkutan utamanya motorsikal tapi....bas juga tetap pengangkutan...

Continue Reading

Unik lagi pelik

16:08 / BY najiahs
Masih lagi cerita kisah di Hanoi,Vietnam. Tak tahu bila nak habis cerita ini sebab bila belek-belek gambar terasa rugi jika tak kongsi gambar-gambar unik lagi pelik ini dengan pembaca sekalian.Kalau di Malaysia sukar juga nak lihat gudang yang menjual peti besi ini. Hajat hati nak beli satu,tapi bila fikir tak tahu apa nak simpan dalam peti ini...kami cancel beli...hihii.Perhati betul-betul gambar di atas.Sekali lihat macam beg untuk dijual,tetapi sebenarnya kerusi besi.Di Vietnam semuanya kecil-kecil dan...

Continue Reading

Muzium di Hanoi

16:08 / BY najiahs
Tak perlu nak cakap dah,mohon baca atas.Pilih saja baca yang mana faham. Kami berjalan kaki untuk sampai di muzium ini.Oittt! Abe Mat tu,tengah buat apa tu?Sejarah mengajar erti kehidupan.Sejarah juga mematangkan kita.Jaga-jaga nanti terpetik suis,perang moden pula. Kenapa tak terlintas nak naik ikut tangga tepi tu dulu huhuhuu.Memeriksa senjata agar sentiasa dijaga rapi.Akak...! sampai bercekak tangan di pinggang,marah ke apa ni? Inilah aksi spontan pengunjung yang saya sempat ambil gambarnya.Bahagian dalamnya pula,dapat juga lihat baju...

Continue Reading