Macam-macam ada di Hanoi
Kalau pembaca yang ada melihat halaman facebook CERITAKU UNTUK MU, pasti sudah melihat gambar ini. Saya amat tertarik dengan pemandangan Ho Kiem Lake ini yang berlatarbelakang pagoda (kalau tak silap saya).Sekali tengok macam lukisan. Di Vietnam khususnya Hanoi,macam-macam ada yang boleh kita lihat,ambil gambar buat kenangan mahupun membeli cenderahati buat hadiah pada sahabat. Macam iklan astro pula...macam-macam ada!
Ini juga pemandangan yang bakal anda lihat jika berada di Ho Kiem Lake. Kalau di sekitar tasik ini,anda hanya perlu jalan kaki sekeliling tasik,ianya sudah memadai untuk melihat pelbagai gelagat manusia.Macam-macam ada..!
Kami hanya berjalan kaki saja,sekitar Hanoi. Memang memenatkan tapi sengaja nak uji ketahanan diri. Pelancong Eropah boleh buat...kami pun boleh buat,dengan semangat MALAYSIA BOLEH! Berpeluh juga kami untuk sampai di sini.
Akhirnya jumpa ini.Tapi dah tak larat nak menapak mengintai rumah kerajaan,hanya berposing di signboard saja.Sambil jalan sambil fikir....jauh juga nak patah balik ni....jom balik dah petang ni!
5 comments
tasik tu begitu mendamaikan...umpama lukisan atas kanvas...
ReplyDeletesuka gambar first tu cantikknyaaaa
ReplyDeleteFuhhhhhh.... menarik bangat
ReplyDeletepergh..bestnya..... entah bila la boleh sampai ke sini..
ReplyDeleteSuasana Menarik ..
ReplyDeletePenuh dgn kehijauan..