­

Africa ride 2013 - Berita Harian

04:17 / BY najiahs
Penutup tirai 2013 saya akhiri penamat blog ini dengan lampiran terkini akhbar tempatan.Pengalaman ride ini akan dibukukan . ...

Continue Reading

Durban

21:00 / BY najiahs
Salam kembara DCH 7654 dari bumi Afrika. Assalamualaikum, gelukkig hallo, hoe is jy al (salam gembira, apa khabar semua). Abe Mat berada di Durban. Durban merupakan lokasi peranginan yang sangat indah kerana bandarnya mengadap tiupan pantai Lautan Hindi. Bandar ini juga merupakan lokasi hiburan bagi golongan mewah kerana wujudnya kasino di sini. Terletak di wilayah Kwazulu-Natal,merupakan bandar kedua besar di Afrika Selatan. Jangan lupa bahawa Durban merupakan bandar pelabuhan kedua terbesar selepas Capetown. Yang pastinya...

Continue Reading

Flea Minerton

15:00 / BY najiahs
Assalamualaikum....welcome...welcome! Meriahnya pasar ini. Yang sememangnya terkenal dengan pemandangan luar biasa dan juga khabarnya barangan murah boleh didapati di sini. Lokasinya di Marine Dive. Bertentangan dengan Taman Perindustrian Metro, Paarden. Menariknya ianya berlatar-belakang Table Mountain. Paling disukai kerana ianya percuma untuk meletakkan kenderaan pelanggan. Berkonsepkan mesra kanak-kanak dan mesra haiwan. Minerton Flea Market ini ditadbir oleh MITA. Dibuka seawal jam 8.00 pagi dengan lambakan pelbagai barangan dan pastinya harga murah yang menjadi kegemaran ramai. Bagi...

Continue Reading

Table Mountain

19:00 / BY najiahs
Kaya dengan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi itu lah Afrika. Salam kembara dari Abe Mat,assalamualaikum. Jelajah sekitar Afrika ini memang mengujakan,ianya merupakan satu pengalaman mengasyikkan kerana mata terpaku pada keindahan alam Allah. Akhirnya Abe Mat jejakkan kaki di gunung yang terkenal di Afrika ini iaitu Table Mountain. Sangat bertuah bagi Abe Mat kerana Table Mountain ini mempunyai daya tarikan biodiversiti yang luar biasa. Dianggarkan 2,200 spesies yang sangat terhad dan ianya diikhtiraf sebagai Tapak...

Continue Reading

Africa Ride 2013 - Bo-Kaap, Capetown

17:02 / BY najiahs
Assalamualaikum dan goeie môre (selamat pagi)...wah! baru beberapa hari di bumi Afrika lidah dah cuba menyebut beberapa perkataan mudah untuk bertutur. Kalian pembaca sihat? Abe Mat sihat di bumi Afrika,ramai yang tertunggu-tungu nak lihat keindahan, kecantikkan bumi Afrika. Untuk kali ini Abe Mat ke Bo-Kaap. Dari bandar Capetown ke Bo-Kaap adalah sangat dekat sekitar 1.1km sahaja. Berjalan kaki pun boleh...mungkin dengan berjalan kaki memakan masa 15-30 minit sambil menikmati alam sekitarnya. Apa yang menarik di sini?...

Continue Reading

Table Mountain

20:09 / BY najiahs
Alhamdulillah...selamat juga Abe Mat menjejakkan kaki di Benua Afrika. Sememangnya ramai di kalangan rakan yang bertanya kenapa Afrika menjadi pilihan jelajah bermotorsikal kali ini. Ermmm....saya tinggalkan pembaca sekalian dengan pertanyaan atau persoalan yang beku dengan jawapan... Berbalik kepada cerita jelajah ini,kedatangan Abe Mat disambut mesra oleh keluarga Encik Abdullah sekeluarga. Terima kasih kerana sudi mempelawa Abe Mat bersama keluarga...malah turut dibawanya Abe Mat sekitar Capetown. Kalian nak tahu lokasi jelajah Capetown,jangan lupa membaca catatan akan...

Continue Reading

Zulu dance

15:37 / BY najiahs
Hallo....Afrika! Assalamualaikum...Malaysia. Apa khabar semua? Abe Mat  dah sampai. Sampai di mana? Sampai di Afrika. Pastinya ramai pembaca tertunggu-tunggu berita dari Afrika. Kita sedia maklum Afrika sememangnya unik dengan budayanya. Setiap negara ada budaya, adat resam dan keunikkan yang tersendiri. Yang seronoknya Abe Mat sudah pun menonton Tarian Zulu yang hebat ini. Bukan setakat menonton, boleh bergambar pula dengan para penari Zulu ini. Memang seronok,mengujakan pengalaman ini.Tahukah anda "ZULU" itu bermakna orang syurga,yang merupakan budaya...

Continue Reading

Gateway of India

15:57 / BY najiahs
Alhamdulillah...dari Colombo akhirnya Abe Mat sampai juga di Gateway Of India.Lokasi ini terletak di Mumbai (Bombay). Monumen bersejarah ini berlokasi di selatan Mumbai,mengadap Laut Arab. Ianya dibina semasa Raj British.Gerbangnya setinggi 26 meter bersamaan 85 kaki...memang tinggi. Malah ianya turut dikenali sebagai Taj Mahal Mumbai. Bagi yang ingin membaca kisah sejarah monumen ini boleh layari Gateway of India. Assalamualaikum....kita berjumpa di Capetown. ...

Continue Reading

Bandaranaike International Airport

16:36 / BY najiahs
Salam sejahtera,salam hujung minggu....maaf lambat untuk menulis coretan Africa Ride ini...disebabkan oleh gangguan internet yang agak perlahan. Seperti yang pembaca sedia maklum, Abe Mat sudah pun bertolak ke Africa...pada 12/11/2013 jam 3 petang. Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang bertemu dan menghantarnya di KLIA. Maaf juga kepada kawan yang terlepas berjumpa dengan Abe Mat...maklumlah ketika itu sudah pun diarahkan untuk check-in. Apa pun saya mewakili Abe Mat mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran...

Continue Reading

Africa Ride 2013 - Selamat berangkat

23:00 / BY najiahs
12/11/2013 Selasa,Abe Mat akan menaiki flight ke Colombo transit di sana sebelum menjejakkan kaki di bumi Afrika. Dengan hanya satu niat, tekad dan azam yang kuat...disertai pula sokongan rakan-rakan sekalian Abe Mat akan menyelesaikan misi Africa Ride 2013. Laluan pertama yang bakal ditempuhi ialah...Gateway Of India.Gateway Of IndiaSemoga Abe Mat selamat sampai ke lokasi seterus.....Capetown tunggu kehadiran Abe Mat. Assalamualaikum....kita jumpa lagi di entry seterusnya,terima kasih kerana menyokong kami. ...

Continue Reading

Africa Ride 2013 - bill of landing

17:30 / BY najiahs
Salam bahagia,salam tahun baru hijrah 1435. Assalamualaikum...buat teman pembaca sekalian.Terima kasih kepada kalian kerana kekal setia bersama saya sepanjang masa ini. Saat yang ditunggu makin menghampiri. Detik 12/11/2013 saat yang ditunggu-tunggu oleh kami berdua. Sayangnya kali ini misi Africa Ride hanya Abe Mat saja yang menjelajah...tiada pembonceng....(kerana pembonceng berkhidmat untuk negara dan bangsa). Gambar di atas merupakan bil yang perlu dibawa untuk membawa keluar motorsikal dari pelabuhan Durban kelak.Ianya umpama passport motorsikal,perlu dibawa bersama kelak.Berbalik pada...

Continue Reading

Africa Ride 2013 - Visa

18:00 / BY najiahs
Salam sejahtera,assalamualaikum semua. Kesibukan tugas seharian sekali lagi membataskan penulisan saya seketika.Malah sibuk pula menguruskan beberapa perkara yang berkaitan dengan misi Africa Ride ini.Tidak dapat dinafikan bila hampirnya tarikh ke misi Afrika ini,makin banyak pula perkara yang perlu diselesaikan.Visa ke India,dan Pakistan sudah saya ambil di Malaysia lagi. Senang sikit....untuk urusan perjalanan kelak. Tapi ada lagi visa yang perlu saya ambil di perjalanan kelak.Itu akan saya ceritakan kelak.Ooooo ya...duit poket jangan lupa tukar,walaupun sikit ianya...

Continue Reading

Africa Ride 2013 - hantar motor

01:51 / BY najiahs
Assalamulaikum semua....salam kembara dari saya. Sibuk dengan pelbagai urusan misi Africa Ride ini menghadkan penulisan saya. Tapi apa yang saya boleh janjikan pada pembaca sekalian....berita terkini dari misi Africa Ride ini akan tetap disajikan buat tatapan pembaca sekalian. 25/10/2013 sang demak saya pastinya sudah selamat berada dalam perut kapal menuju ke Pelabuhan Durban.Selanjutnya saya akan ceritakan dalam entry akan datang....sabar ye. ...

Continue Reading

Afrika Ride 2013 - Carnet

20:00 / BY najiahs
OOooooooo....mood raya Aidiladha,assalamulaikum semua pembaca sekalian. Raya pun raya juga tetapi kerja tetap kerja. Mujurlah seminggu sebelum raya Abe Mat dah siapkan beberapa urusan penting dengan agensi terlibat. Maklumlah bila raya semuanya cuti lama,jadi sebelum terjadi apa-apa yang melengahkan urusan ke Afrika ,Abe Mat bergegas ke AAM. Bagi bikers mereka tentunya dah sedia maklum ....urusan di AAM.Sebelum dapat Carnet pastikan anda ada lesen memandu atau menunggang,tak lupa juga menjadi ahli AAM. Baiklah...saya tinggalkan pembaca sekalian...

Continue Reading

Africa Ride - motorsikal DEMAK

04:48 / BY najiahs
Assalamualaikum....salam bahagia buat semua rakan pembaca.Alhamdulillah akhirnya,misi  saya untuk Africa Ride akhirnya berjaya.Saya mendapat motorsikal dari Syarikat Demak. Mesti ramai yang tertanya-tanya,maklumlah kami sibuk menguruskan pelbagai hingga berjaya mendapat Demak Evo ZR110. Pilihan warna Abe Mat ialah hitam....merah. Warna yang menawan,yang tengok mesti tertawan... ...

Continue Reading

Africa Ride 2013 - Tentatif

23:56 / BY najiahs
Objektif1.Meneroka budaya dan sejarah negara yang dilawati.2.Promosi Malaysia di peringkat global.3.Membuktikan rakyat Malaysia juga boleh bersaing dengan bangsa lain.MasaNovember, Disember dan Januari 2013.Route1.Peringkat 1- Benua AfrikaA. Afrika SelatanB. BotswanaC.ZimbabweD.ZambiaE. MalawiF.TanzaniaG.KenyaH.EthiophiaI. Somaliland- menyeberang Laut Merah ke Yemen.2. Peringkat 2- Benua Timur Tengah.A. YemenB. OmanC. United Arab Emeriah ( UAE )- menyeberang Selat Hormuz ke Iran3.Peringkat 3- Benua AsiaA.IranB.PakistanC.IndiaD.NepalE.ThailandF.Malaysia3 benua,18 negara dan 25,000 kilometer. ...

Continue Reading

Amazing Thailand

06:21 / BY najiahs
Assalamualaikum...kawan-kawan,salam sejahtera ....sawadikap! Kali ini Abe Mat bawa rakan pembaca sekalian ke Thailand lagi. Memang keraplah ke Thailand, kita berjiran.Jom...kita ikut Abe Mat..uppss..Abe Shuiq pun ado...ehh Abe Sidi pun sama...Let's ride.Jauh kali ini Abe Mat ride. Burapa Bike Week merupakan acara tahunan untuk perhimpunan motorsikal yang terbesar di Asia Tenggara.Tahun 2013 sudah pun berlangsung pada 15-16 Februari yang lalu.Bersama kawan lelaki Abe Mat enjoy....di Thailand.Jom..ke Burapa Bike Week.Lokasi bike week ini ialah di Pattaya,Bangkok.Bagi rakan...

Continue Reading

Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat,Thailand

22:40 / BY najiahs
Salam lebaran 1434 H,kepada semua muslimin dan muslimat. Tak lupa juga salam kembara bermotorsikal dari kami berdua. Kali ini pembaca sekalian disajikan dengan trip kembara bermotorsikal di selatan Thailand. Kejadian ini berlaku pada awal syawal ini.Jom ! ride...biar lambat agar selamat di perjalanan.Awal pagi lagi,sarapan pagi sebelah stesen keretapi Sungai Golok.Sebahagian rumah kedai lama Pekan Weang.Pekan ini terletak hanya 15km sahaja dari Sungai Golok.Ia juga dihubungi oleh Pekan Bukit Bunga,Tanah Merah,Kelantan melalui pos imigresen yang...

Continue Reading