Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat,Thailand
Salam lebaran 1434 H,kepada semua muslimin dan muslimat. Tak lupa juga salam kembara bermotorsikal dari kami berdua. Kali ini pembaca sekalian disajikan dengan trip kembara bermotorsikal di selatan Thailand. Kejadian ini berlaku pada awal syawal ini.Jom ! ride...biar lambat agar selamat di perjalanan.Awal pagi lagi,sarapan pagi sebelah stesen keretapi Sungai Golok.
Sebahagian rumah kedai lama Pekan Weang.Pekan ini terletak hanya 15km sahaja dari Sungai Golok.Ia juga dihubungi oleh Pekan Bukit Bunga,Tanah Merah,Kelantan melalui pos imigresen yang baru di Buketa.Pasti sudah ada dikalangan rakan pembaca sudah sampai dilaluan ini.Bolehlah respon pengalaman kalian di ruangan komen di bawah.
Salah sebuah sekolah yang terdapat di Pekan Weng.
Pandang dan baca dengan teliti,barulah tak sesat.
Memang betul,tulisan Bahasa Melayu masih digunakan dan difahami oleh masyarakat selatan Thailand.
Pasar Sukhirin.Agak lengang,mungkin masih awal pagi atau masih dalam mood raya.
Rehat sekejab.Pekena kopi secawan baru best nak pulas motor.
Jalan masuk perkampungan Chulaborn Pattana 12.
Jangan tanya saya,apa channel?
TehThailand.
Bahan sejarah, bekas ini digunakan untuk menyimpan makanan dalam tanah.
Dewan orang ramai untuk kegunaan masyarakat di sini.
Masjid berhampiran muzium,dewan dan rumah tumpangan. Selepas melawat perkampungan di sini saya menuju ke bandar Narathiwat untuk bermalam melalui Dusun Nyior dan Tanjungmatt.
Pemandangan muara sungai di waktu petang dari bilik hotel saya, Blue Ocean Hotel.
Salah satu jeti pendaratan ikan di sebelah hotel.
Pada keesokan hari saya mengambil keputusan untuk pulang melalui Pekan Takbai menggunakan feri.Ketika perjalanan pulang saya telah menyusuri jalan kampung dan terjumpa nelayan yang baru pulang menangkap ikan.
Banyak hasil tangkapan nelayan ini.
Ikan ini akan dibawa ke Bangkok untuk dipasarkan.
Di selatan Thailand kita boleh berjumpa pihak keselamatan di mana-mana sahaja.Keamanaan masih lagi tidak stabil.
Walau pun keamanan tidak stabil tapi masih dalam kawalan,serta bolehlah meninjau atau ziarah lokasi persekitaran. Sekian saja ziarah syawal kali ini. Semoga pembaca sekali boleh mendapat maklumat terkini dari kami.
8 comments
Saya mungkin tidak mendapat gambaran sebenar mengenai persekitaran jelajah puan di Thailand.
ReplyDeleteKalau hendak dikatakan bahaya/tidak selamat, boleh pula pelancung dengan bebasnya menunggang motorsikal di kawasan bermasalah itu.
Semoga puan dan suami dilindungi Allah.
aktiviti pembunuhan dan pengeboman di selatan Thailand masih berlaku,masyarakat di sana sudah lali dengan keadaan ini.Kebanyakan aktiviti ni disasarkan ke atas pihak keselamatan dan juga penduduk yang tidak tidak puashati dengan pihak kerajaan Thailand.
DeleteUndang undang darururat masih lagi digunakan di wilayah ini untuk mengekang keganasan, walaupun begitu ia tidak dapat dikawal sepenunhnya terutama wilayah Pattani.
semasa ride di sini kami akan cuba sejauh mungkin berada dari pihak keselamatan.
ReplyDeleteSemuga anda berdua dilindungi Allah.....
ReplyDeleteTerima kasih doa Zana-norzana
Deletejom bangkok!!
ReplyDeleteOn je!
Deleteterbaik la chekgu...-Kharol69.
ReplyDelete