Assalamualaikum. ..Salam kembara ... Salam jelajah budaya. Kami sampai di Jogjakarta@Yogyakarta malam. Check in masuk bilik dulu di Merbabu hotel..Lokasinya di Jalan Malioboro. Hanya meletakkan beg sandang di sudut penjuru katil. Lantas kami menapak meneropong suasana malam di Jalan Malioboro. Tekak yang kering minta disirami air. Abe Mat nak belanja kopi joos. Kalau jejak kaki di Jogjakarta@Yogyakarta, tidak lengkap jelajah anda jika tidak menghirup pekat hitam kopi joos ini.Rasa kopi joos? Mestilah rasa kopi...oooo..itu arang...
Assalamualaikum. ..apa khabar semua. Kami di Jogjakarta@Yogyakarta sihat alhamdulillah. Bersambung kisah kami ketika mula jejak kaki di Pulau JAWA ini. Dengan menaiki bas awam kami terjah lokasi penginapan di Jalan Malioboro. Lokasinya betul - betul ditengah bandar. Turun saja bas terus bertanya pada penduduk situ. Rupanya dekat sangat. Bestnya, kami pula jadi pemandu pelancong pada 2 warga Eropah yang ingin menuju lokasi sama. Berpisah kami dipertengahan jalan, kerana hotel yang kami booking melalui Agoda sangat...
Assalamualaikum, Salam jelajah budaya serantau. Kami dah sampai di Jogjakarta@Yogyakarta...flight delay dari Malaysia. Awalnya kami dah buat perjanjian dengan tuan motor untuk terus menyewa motornya pada hari kami sampai. Tetapi bila dihubungi ...tiada jawapan dihujung talian. Keputusan diambil kami akan bergerak ke hotel. Abe Mat dah tempahan melalui Agoda. Nak tahu kami naik apa ke hotel..? Hahaaa..kami naik bas. Ianya lebih murah hanya 6 ribu rupiah untuk 2 orang berbanding dengan teksi yang mahu tambang...
Assalamualaikum. ..Salam kembara, Salam jelajah budaya serantau alam dari kami. Selamat bercuti bersama yang tersayang. Jaga diri sepanjang percutian kalian. Kami pun bercuti juga..ke negara Indonesia. Insyaallah. ..pembaca sekalian akan dapat lintas-langsung dari kami sepanjang percutian di sana. Awal pagi lagi kami sudah check in mobile di rumah...senang sikit tak perlu tergopoh-gapah bila sampai di LCCT kelak. Bila check in mobile ni..kenalah dapatkan boarding pass di kiosk AA. Scan barcode dari email terus dapat 2 boarding...
Kota Bharu - Lojing - Simpang Pulai - Gombak
16:00 / BY najiahs
Assalamualaikum...salam kembara,salam jelajah bumi Allah dari kami buat semua pembaca. Apa khabar semua? Seronok mengembara jangan lupa balik kampung jumpa keluarga tersayang.Dari Kuala Lumpur ke Kelantan...eemm,untuk pengetahuan pembaca kami orang Kelantan. Jadi laluan utama Gua Musang ke Kota Bharu adalah laluan yang paling kerap kami lalui. Begitu juga laluan Kuala Lumpur-Kuantan-Kuala Trengganu-Kota Bharu... Kali ini kami ingin berkongsi laluan baru tapi sudah diketahui ramai...Kami nak pulang ke Kuala Lumpur. Abe Mat memilih untuk meneruskan perjalanan...
Assalamualaikum. ...Salam kembara ..Salam jelajah buat semua pembaca sekalian. Semua sibuk dengan tiket kapal terbang dan lokasi penerbangan jika berada di MATTA FAIR ini.Sayang nya. .MATTA FAIR 2014 untuk awal tahun ini bakal berakhir sebentar lagi. Ada yang nak tahu lokasi terjah kembara kami..kenalah tunggu ceritanya dalam blog ini. Bagi kawan-kawan yang sudah membeli tiket percutian melalui MATTA FAIR. ..ini kami ucapkan selamat bercuti bersama yang tersayang. ...
Assalamualaikum...salam kembara,salam jelajah dari kami. Heboh masyarakat bercerita mengenai JK2PP. Mulanya terfikir juga apa itu JK2PP....ooo rupanya singkatan kepada Jambatan Kedua Pulau Pinang.Kalian teruja tak? Sebelum ini kami memandang dari jauh saja projek JK2PP ini. Pelbagai khabar angin mengenai projek hebat ini. Maklumlah pembinaan di tengah lautan,dan panjang pula berbanding dengan Jambatan Pulau Pinang sebelumnya.Kami mencuba JK2PP ini pada 9 Mac 2014 yang lalu. 9 hari selepas JK2PP yang sepanjang 24km ini dirasmikan oleh PM...
Assalamualaikum...salam jelajah bersama kami. Untuk kali ini kami ingin bawa pembaca sekalian meninjau sejarah Pasir Salak yang terletak di pekan Kampung Gajah ,Perak. Perjalanan ke sini kena menempuh pemandangan sawah padi atau jelapang padi sebelum sampai ke pintu gerbang utama ini. Memang hebat orang Kampung Gajah ini..berbanggalah kalian kerana kewujudan Komplek Sejarah Pasir Salak yang terkenal seluruh Dunia.Sejarah Pasir Salak terkenal sedunia. Angkuhnya JWW Birch sehingga menyebabkan kematian dirinya. Malah di Pasir Salak ini juga...