Pasir Salak,Perak

by - 15:00

www.ceritaku.my

Assalamualaikum...salam jelajah bersama kami. Untuk kali ini kami ingin bawa pembaca sekalian meninjau sejarah Pasir Salak yang terletak di pekan Kampung Gajah ,Perak. Perjalanan ke sini kena menempuh pemandangan sawah padi atau jelapang padi sebelum sampai ke pintu gerbang utama ini. Memang hebat orang Kampung Gajah ini..berbanggalah kalian kerana kewujudan Komplek Sejarah Pasir Salak yang terkenal seluruh Dunia.


www.ceritaku.my

Sejarah Pasir Salak terkenal sedunia. Angkuhnya JWW Birch sehingga menyebabkan kematian dirinya. Malah di Pasir Salak ini juga merupakan bukti kemuncak kemarahan penduduk menentang penjajah.Bila anda masuk saja di Terowong Pasir Salak ini,anda akan berada dalam dunia Perak dahulu-kala. Nikmatilah bahan bacaan di sana,kerana dengan membaca sejarah lampau kita akan lebih memahami sejarah kewujudan Pasir Salak ini.Selesai saja di terowong ini jangan lupa untuk meninjau Galeri Keris yang berada di aras bawah terowong ini. Gambar paparan Galeri keris boleh dilihat di facebook Ceritaku.


www.ceritaku.my

Selesai saja di galeri keris,kami meninjau sekeliling komplek sejarah ini. Dapatlah mengambil gambar rumah lama ini. Untuk pengetahuan pembaca pada tahun 2005,Pasir Salak masih merupakan sebuah perkampungan tradisional Melayu yang masih beridentiti rumah kutai atau rumah limas negeri Perak.


www.ceritaku.my

Yang dinyatakan di sini ialah lokasi tapak JWW Birch dibunuh,terletak di pinggir sungai.Dan cuba lihat gambar dibawah merupakan beberapa monumen yang dibina bagi melengkapkan sejarah yang berlaku di Pasir Salak ini.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Tidak rugi membawa keluarga datang ke Komplek Sejarah ini,sambil beriadah bersama keluarga dapatlah juga kita mengajar anak-anak mengenai sejarah lampau perjuangan pahlawan negara menentang penjajah demi mempertahankan bangsa, agama dan tanah air.Jangan lupa lihat gambar menarik di facebook yang telah dinyatakan di atas. Selamat tinggal..jumpa lagi.




You May Also Like

13 comments

  1. ni kat kampung teman.. terima kasih untuk entri pengenalan ini..

    ReplyDelete
  2. pasir salak-teringat sejarah jww birch...rumah lama tu nampak sangat menyejukkkan..

    ReplyDelete
  3. pernah plan nak pegi sini.. tapi blom berkesempatan lagi lak. hehe

    ReplyDelete
  4. antara sejarah hebat Malaysia ni. Bagus bawa anak-anak juga supaya lebih faham sejarah Pasir Salak ni.

    ReplyDelete
  5. Setuju...sebab masa kami ke sana ada ibu bapa yang bawa anak mereka. Siap disuruhnya anak baca satu persatu sejarah negara ini.

    ReplyDelete
  6. salam.sesuatu yang indah tidak harus di lupakan tapi di kenang. jom ke melaka macam-macam ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...setuju dengan Suri. Sejarah negara mematangkan pentadbiran negara.

      Delete
  7. Assalam kak Mah :)

    Menarik Sejarah ni kan kak Mah..
    Myra xpernah sampai lg ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam ...nanti pergilah Mora seronok baca sejarah lalu.

      Delete
  8. Zumal selalu lalu situ tapi belum sempat singgah :)

    ReplyDelete
  9. dkna lalu jer perak..lalu hway ipoh sebab nak balik kedah hehehee

    ReplyDelete
  10. I all the time used to read piece of writing in news papers but now as I
    am a user of internet thus from now I am using net for content, thanks to web.


    my web page ... portable electric burner []

    ReplyDelete
  11. It'ѕ hard to find knowledgeable peopoe in this particular
    topic, but you sound like you know what you're talking about!
    Thanks

    Heгe is my web blog; wall speaker mounting brackets

    ReplyDelete