Salam dari puncak Kinabalu.Perjalanan memang mencabar bagi pendaki,jika bawa bebanan juga risiko tinggi berlaku kemalangan. Ingat kita mendaki makin naik makin tinggi juga makin menipis oksigen. Kena lebih fokus dan stabil emosi dan fizikal.Sedikit lagi tips yang boleh membantu kalian. Bawa sepersalinan bersih baru kita selesa. Akak bawa satu juga,hari ini naik tidur di Laban Rata. Selesai mendaki esoknya terus turun. Ada juga yang bermalam lagi di Laban Rata. Pakej semua ditangan kita untuk memilih....
Assalamualaikum,salam pendakian puncak tertinggi di Asia Tenggara,dengan ketinggiannya 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut. Akak memang sudah lama mengidam nak juga naik si Kinabalu. Mungkin ini lah dikatakan rezeki,dapat mencari rezeki di bumi Borneo dan pada masa sama diberi peluang mendaki bersama anak didik. Jika kita berada di Timpohon Gate suhu semasa adalah sekitar 14Í’.Timpohon Gate merupakan pintu utama untuk masuk/menuju pendakian Gunung Kinabalu dan ianya juga pintu keluar dari pendakian,kecuali jika ada laluan lain yang...
Assalamualaikum...apa khabar semua? Kali ini akak nak bawa kalian ke Kota belud,khususnya ke Kampung Rampayan Laut. Selalunya amat jarang pelancung tempatan yang singgah lokasi ini. Kenapa dan mengapa tidak pula akak tahu. Kampung ini terletak di pinggir pantai.Untuk pengetahuan sekalian,Kampung Rampayan ini hanya lebih kurang 77 km dari bandar Kota Kinabalu. Dalam sejam juga perjalanan memandu,tapi kami ke sini dengan motorsikal saja. Untuk sampai ke sini,kami menggunakan laluan ke Kudat...menuju utara Borneo,tidaklah sampai Bandar Kudat....
Assalamualaikum rakan pembaca sekalian. The Tip Of Borneo,kali terakhir kami ke sana pada tahun 2010. Kalian boleh rujuk di entry SIMPANG MENGAYAU INI. Kali ini kami berjalan sambil mengenang kembali detik indah bermotorsikal ketika dulu. Nak kata dah tua,tidaklah juga tapi umur ada penambahan setiap tahun. Sangat jauh berbeza suasana dulu berbanding sekarang.Tentunya ianya lebih maju dan memberi pelbagai kemudahan kepada para pengunjung.Bagi yang ingin ke lokasi ini,kalian boleh memandu dari Kota Kinabalu terus ke...
Salam kenangan salam sejarah.Jangan lupa wajah kami,sesekali nak juga muncul di alam maya #jangankecamKenapa akak kata salam sejarah,sebab bila sejarah bermakna ianya sudah berlalu. Ianya kisah yang tinggal untuk diceritakan pada rakan lain mengenai pernah wujudnya lokasi ini. Sekarang kewujudan lokasi ini telah tiada,atau dengan kata mudahnya sudah tinggal sejarah hanya ada tapak lokasi yang berpagar. Kami singgah tahun lepas dan telah semuka dengan pemilik lokasi ini (itu katanya-tidak pula kami dapat maklumat dari warga yang...
Assalamualaikum,selamat tahun baru kepada semua pembaca setia blog kami. Terima kasih kerana sudi singgah membaca. Untuk entry pertama tahun 2017 ini akak letak gambar tanpa penerangan lanjut. Sebabnya sudah lebih dari 5 tahun rasanya atau hampir 8-10 tahun kami tidak ke pulau seperti gambar di atas.Terakhir kami ke Pulau Manukan...khabarnya sekarang sudah banyak perubahan dan kemudahan yang disediakan.Insyaallah jika berpeluang kami akan ke pulau-pulau tersebut. Lokasinya paling hampir dengan Bandar Kota Kinabalu. Hanya perlu ke...