Assalamualaikum rakan pembaca sekalian. The Tip Of Borneo,kali terakhir kami ke sana pada tahun 2010. Kalian boleh rujuk di entry SIMPANG MENGAYAU INI. Kali ini kami berjalan sambil mengenang kembali detik indah bermotorsikal ketika dulu. Nak kata dah tua,tidaklah juga tapi umur ada penambahan setiap tahun. Sangat jauh berbeza suasana dulu berbanding sekarang.Tentunya ianya lebih maju dan memberi pelbagai kemudahan kepada para pengunjung. Bagi yang ingin ke lokasi ini,kalian boleh memandu dari Kota Kinabalu terus ke sini sekitar 2 hingga 3 jam perjalanan memandu. Ingat jalan di borneo tidak sempurna seperti semenanjung,apa pun utamakan keselamatan ketika memandu. Rupanya bila belek semula entry akak ada banyak juga gambar berkaitan dengan Kudat ini. Kalian boleh selak entry TRANS-BORNEO.
Sebenarnya jika yang pernah datang ke Sabah dan mempunyai masa yang panjang,kalian tidak patut melepaskan peluang datang dan bergambar disini. Sangat cantik pemandangannya. Untuk melihat gambar yang lebih menarik boleh klik rakan blogger akak POJIE dan MEMET. Jangan risau banyak lagi info yang boleh kalian baca terutamanya dalam TRIPADVISOR juga di SABAHTOURISM.
Tips:
1. Jika ke sini,pastikan kamera kalian FULL bateri. Kalau tidak menyesal tak sudah,maklumlah lokasinya jauh sekitar 163km dari KK ke Kudat.2. Berpakaian yang sesuai,maklumlah sekarang lokasi parking kenderaan agak jauh dan kena melangkah. Kalau tahun 2010 kami boleh park motorsikal di BUMI (lokasi tarikan utama bergambar).3. Wajib bergambar sebanyak mungkin di BUMI yang melambangkan THE TIP OF BORNEO.4. Jangan segan silu untuk menuruni tangga ke bawah lokasi air,kerana ianya merupakan lokasi yang sangat cantik dengan pemandangan yang indah untuk merakam detik indah di sini.5. Pastikan juga kalian memakai kasut atau sandal yang sesuai. Nak pakai tumit tinggi boleh janji jangan merungut.6. Jangan lupa bawa bekal makanan dan minuman,cuaca agak panas jika kalian datang awal tahun. Kedai ada tapi harganya boleh tahan juga. Tak salah jika nak jimat-cermat.7. Jika tidak sempat membawa bekal kalian boleh makan sebelum sampai lokasi ini, Singgah saja makan di gerai yang hampir dengan pantai bersebelahan surau. Sedap juga menu yang dijual...akak dah dua kali makan di situ. Tapi lupa nak snap nama kedai.Khabarnya berhampiran kedai ini,kita boleh pacak khemah. Ini peluang bagi yang nak cuba berkhemah di Kudat,dari segi keselamatan ianya terjamin. Panjang akak taip kali ini....letih jari. Nanti kita sambung kisah lokasi lain. Selamat membaca,cuti-cuti SABAH.
0 comments