Inilah gambar awal situasi dalam feri ke Pulau Karimun yang sempat saya ambil sebelum penumpang lain masuk ke sini,macam mana dapat masuk awal? Kami tak ada banyak beg seperti penumpang lain,sebab itulah senang nak masuk tanpa perlu memikul beg barangan seperti dalam gambar yang telah saya siarkan.Jangan terkejut,Abe Mat minta izin nak masuk, dengan keizinan juga dapatlah bergambar di bilik pemandu feri. Oooo...begini rupanya bilik pemandu feri,almaklumlah tak pernah tengok sebelum ini.Rupanya bukan seorang yang...
Pada episod yang lepas ada dikalangan pembaca bertanya,adakah Abe Mat dan saya memakai jaket keselamatan semasa menaiki feri ini. Sebenarnya kami duduk berhampiran jaket keselamatan,setiap kali menaiki kapal atau feri kami sememangnya mencari lokasi penyimpanan jaket keselamatan.Maklumlah bukannya saya pandai berenang.Perjalanan feri dari terminal Kukup ke Pulau Karimun jaraknya menghampiri 1 jam. Untuk pengetahuan pembaca pergerakan cepat atau lambat untuk sampai bergantung pada gelombang ombak semasa.Jika lautan tiada gelombang ombak besar cepatlah pergerakan feri penumpang...
Abe Mat dengan gayanya sempat berposing depan Terminal feri Kukup.Masa ini kami dah selesai sarapan+lunch di kedai makan berhampiran. Motor er6 pun dah simpan dilokasi yang selamat.Untuk pengetahuan pembaca motor tidak boleh bawa kerana ini feri penumpang,tapi kalau nak meronda di Pulau Karimun bolehlah sewa saja di sana kelak.Inilah beza masa antara Malaysia dan Indonesia. Bagus juga digantung jam di Terminal feri ini,harap-harap kita sebagai penumpang peka dengan waktu antara dua negara.Tiba masanya untuk masuk...
Alhamdulillah,kami dapat juga tiket feri ke Pulau Karimun. Masih awal lagi dan bolehlah kami sarapan/lunch serentak sebelum bertolak ke Pulau Karimun.Inilah menu pilihan kami,udang salut tepung yang sedap dimakan panas-panas.Cendawan goreng ini pun sedap.Rasanya kami pesan untuk seorang makan bagi setiap menu,banyaknya kena meratah lauk dan sayur.Sotong sambal digoreng dengan sayuran campur. Sedap juga menu ni...(maaflah kalau ada yang terliur menu-menu ini di bulan ramadhan).Asyik meratah lauk-pauk dan sayuran nasi pula tidak berjaya dihabiskan. ...
Salam sejahtera,salam bahagia buat pembaca sekalian.Bunyi agak formal sikit,maklumlah awal pagi sesudah subuh dah bersiap nak ride ni.Terasa macam nak ke sekolah pula.Pagi-pagi kalau bergerak memang best,udara sejuk menyapu badan memang seronok rasa nak ride lama kalau sejuk macam ni.Dari rumah kami ke sini slow saja Abe Mat bawa...20-30 minit barulah sampai,slow+sejuk kalau laju lagi lah kesejukkan.Bagi bikers hentian sebelum masuk tol Sungai Besi merupakan lokasi pertemuan yang paling sesuai untuk pertemuan ride. Lupa nak...
Alhamdulillah staff imigresen nampak lambaian kami,dan menunggu penuh sabar untuk menerima masuk kami ke tanahair.Lega dapat jejak kaki di Malaysia...cukup-cukup atau tepat-tepat jam 6 kami masuk dan kami lah orang yang terakhir untuk hari itu. Tak boleh nak bayangkan berlumba dengan masa untuk cop keluar dengan melalui jalan yang pertama kali lalu nasib baik ada bantuan polis Thai yang boleh bertutur Bahasa Melayu.Maaf lah hanya ini saja gambar yang mampu saya paparkan,maklumlah dari pagi di...
Dari Phuket kami merancang untuk keluar dari Thailand ini pada hari yang sama.Masih dalam dilema ketika itu sama ada nak keluar ikut Bukit Kayu Hitam atau Wang Kelian.Bukit Kayu Hitam memang popular dikalangan bikers sebagai jalan keluar masuk ke Thailand,Wang Kelian amat jarang dilalui.Akhiranya kami mencuba jalan Wang Kelian,tahukah pembaca sekalian jalan masuk melalui Wang Kelian ini dibuka pada tahun 1992 lagi melalui Perjanjian Pertumbuhan Segi Tiga Utara.Inilah antara beberapa keping gambar yang sempat saya...