Santai di Pantai Krabi

by - 14:00


Nak ke pantai,panas yang terik. Tengoklah tu penulis berkaca hitam dan bercekak pinggang lagi. Agaknya apa yang menarik di sini? Santai dalam cuaca panas terik di Pantai Krabi. Hanya mampu berteduh di bawah pepohon kayu ini.Tapi ada juga mat saleh dan minah saleh yang sanggup berjemur dan mandi masa terik mentari ni.....


Maaflah kami lunch di Bandar Krabi,selepas berpanas di pantai tadi. Perut terus berirama...mulanya nak makan di tepi pantai tapi memikirkan dah cukup tempoh wajib makan tengahari terus saja ke Bandar Krabi. Lihatlah hidangan kami....macam orang tamak..hihiii . Sebenarnya ini makanan untuk 2 orang tapi boleh makan sampai 4 orang. Sudahnya kami tiada nasi tambah tapi meratah semua lauk dan sayuran ini.



Sambil-sambil makan sempat lagi capai kamera antik dan zoom gambar dari jauh.Mereka baru balik dari berlatih.Bagusnya....tanpa hiraukan cuaca,berlatih tetap berlatih.Itulah dinamakan usaha ke arah kejayaan.

Jom! tengok gambar ni....ermmmm sedap ;-)





Kami makan ini juga,jangan terperanjat tau! Bukan siput babi....tapi namanya siput juga terkenal sebagai hidangan utama. Di Malaysia pun ada saya terlihat dalam siaran TV3 baru-baru ini....Sedap,agak kenyal tapi enak dicicah dengan sos buatan sendiri...tu dalam mangkuk...!

You May Also Like

19 comments

  1. comey sayur tu long... macam masak tanpa dipotong ..

    ReplyDelete
  2. Mana foto pantainya kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai gambarnya tak cantik...(akak tak pandai ambil fotonya)

      Delete
  3. jenuh nak kumpui 20... 10 dah la kak... hehehe

    ReplyDelete
  4. seronoknya jenjalan negara orang

    ReplyDelete
  5. x pernah smpai sni. woo. trgnnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena singgah dan jejak kaki ke Krabi ni...cantik dan sedap menunya.

      Delete
  6. sempoi karabi kak mah ooi........kami samapi kat satun dan andaman je

    ReplyDelete
  7. perahu panjang tu apa nama nya ya kak mahh?? berlatih sempena sukan apa?
    siput tu direbus macam kerang rebus dengan serai dan halia eh?? adehhh...x gamak nak baham siput tu kalau depan mata hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perahu tu lupa nak tanya namanya...kalau tanya pun belum tentu faham...hihii...sedap siput tu cicOh dengan colEk...uhh mertua lalu tak perasan.

      Delete
  8. salam
    sayur campur nampak begitu mebeles...siput tu pulak...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 menu ni memang sedap dah cuba teringin nak lagi...

      Delete
  9. Wahoo! Nampak sedap betul siput-siput tu.

    Btw, first time masuk blog puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Haniz,salam kenal dari kami berdua...silakan terjah membaca entry seterusnya..

      Delete
  10. Wahhh...siput tu besar2 lah..sedap tak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dicicah dengan sos buatan sendiri..yum..yummm..

      Delete