Terminal feri Kukup
Abe Mat dengan gayanya sempat berposing depan Terminal feri Kukup.Masa ini kami dah selesai sarapan+lunch di kedai makan berhampiran. Motor er6 pun dah simpan dilokasi yang selamat.Untuk pengetahuan pembaca motor tidak boleh bawa kerana ini feri penumpang,tapi kalau nak meronda di Pulau Karimun bolehlah sewa saja di sana kelak.
Inilah beza masa antara Malaysia dan Indonesia. Bagus juga digantung jam di Terminal feri ini,harap-harap kita sebagai penumpang peka dengan waktu antara dua negara.
Tiba masanya untuk masuk ke balai berlepas.Lebih kurang nak naik kapalterbang juga.Disini ada juga balai berlepas di bahagian dalam terminal feri ini.Bila dibuat pengumuman barulah para penumpang boleh masuk ke Balai Berlepas.
Di terminal feri ini setiap bagasi/barangan persendirian perlu diangkat sendiri tapi kalau nak suruh orang angkat pun boleh,kenalah bayar sikit.
Naik saja feri,inilah pemandangan awal yang dapat saya ambil.
Seperti biasa Abe Mat dah dapat kawan baru atas feri ini.
3 comments
motor simpan dalam kotak ko long? hahahahaa
ReplyDeleteNaik feri ada pakai safety tak, akak takut kalau bab2 jalan air ni....maklum ler...tak pandai berenang.
ReplyDeleteCkp pasal feri, rizal suka naik feri kat penang dulu haha
ReplyDeletehttp://igossiprizal.blogspot.com/2012/07/imasak-dari-dapur-cik-norfa.html