Salam kembara , salam jelajah borneo. Untuk kali ini akak jadi pemandu pelancong pada dua pupu akak. Kalau di Sabah mereka panggil atau gelar 2 kali sepupu. Mereka datang kebetulan ada urusan kerja. Jadi akak pun kerja juga. Untuk memudahkan pergerakan, kami rancang aktiviti short trip vacation ini pada sebelah petang. Nak dijadikan cerita akak pun bukannya mahir sangat jalan di sekitar Kota Kinabalu. Tapi buat pandai dan sedikit berani nak juga bawa waris akak ...
Assalamualaikum... Salam dari Tambunan. Kami tersasar lokasi ke Tambunan pula. Kami tidur dalam kenderaan saja memang menjimatkan dan tak perlu nak booking hotel. Kenapa? Sebenarnya ini perjalanan yang dirancang saat akhir dan bagi memudahkan segalanya baiklah tidur dalam kenderaan, lena juga hingga ke subuh. Bangun subuh mencari masjid yang terletak di tengah bandar Tambunan. Tidaklah besar mana masjid Tambunan ini, kerana majoriti kebanyakan penduduk disini penganut Kristian. Selesai di masjid kami meronda mencari sarapan. Terjumpa...
Assalamualaikum . ..salam kejauhan dari Malaysia Timur. Sibuk dengan tugasan wajib hingga lalai menyampaikan cerita pada rakan pembaca. Kali ini akak jumpa ikan putih. Sejak di Borneo menu ikan putih masak kari memang selalu menjadi santapan kami berdua. Akak belum cuba masak asam pedas lagi. Khabarnya masak sup pun sedap terutama ikan putih batik. Cantik ! Dah dinamakan batik memang cantik coraknya. Sesuailah dengan namanya. Harganya lebih mahal berbanding ikan putih biasa, rm25/kg. Kami jumpa ...
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Entry ini delay sehari tak lepas nak update.Bagi followers IG akak pasti sudah dapat melihat beberapa keping gambar secara LIVE.Betapa gigih akak suami isteri sesudah subuh di Masjid Jamek Kundasang,menapak menuruni bukit dan menanti detik sesuai untuk merakamkan gambar si 'kinabalu'. Biarlah beribu kali pun menatap dan mengejar si 'kinabalu',akak dan suami sangat teruja detik munculnya bersama usai syuruk pagi.Sesuatu indah ciptaan Allah bila menatap kemunculan si 'kinabalu'.Sekian hingga kita ...