Rumah Terbalik antara lokasi menarik di Sabah
Salam kembara , salam jelajah borneo. Untuk kali ini akak jadi pemandu pelancong pada dua pupu akak. Kalau di Sabah mereka panggil atau gelar 2 kali sepupu. Mereka datang kebetulan ada urusan kerja. Jadi akak pun kerja juga. Untuk memudahkan pergerakan, kami rancang aktiviti short trip vacation ini pada sebelah petang.
Nak dijadikan cerita akak pun bukannya mahir sangat jalan di sekitar Kota Kinabalu. Tapi buat pandai dan sedikit berani nak juga bawa waris akak berjalan.
Sebelum keluar dari rumah lagi dah plan dalam kepala nak bawa mereka ke rumah terbalik. Tawakal saja sambil pandu kenderaan sambil mulut meriah bak murai cerita hal sanak-saudara.
Alhamdulillah akak berjaya sampai ke lokasi. Sebenarnya akak dah masuk kali ke 3 main-main di rumah terbalik ini. Banyak perubahan juga kerana pihak pengurusan telah membina bangunan tambahan bagi muzium 3D. Kami tidak masuk muzium. Hanya sempat main terbalik kepala dalam rumah terbalik saja.
Harga masuk jangan tanya , akak tak tahu. Dua pupu belanja. Setakat ini entry pendek buat bacaan ringan kalian. Sehingga jumpa lagi.
0 comments