Ikan putih batik
Assalamualaikum . ..salam kejauhan dari Malaysia Timur. Sibuk dengan tugasan wajib hingga lalai menyampaikan cerita pada rakan pembaca. Kali ini akak jumpa ikan putih. Sejak di Borneo menu ikan putih masak kari memang selalu menjadi santapan kami berdua. Akak belum cuba masak asam pedas lagi. Khabarnya masak sup pun sedap terutama ikan putih batik. Cantik ! Dah dinamakan batik memang cantik coraknya. Sesuailah dengan namanya. Harganya lebih mahal berbanding ikan putih biasa, rm25/kg. Kami jumpa ikan putih batik yang beratnya 3kg. A duh. ..lama nak perabis ikan 3kg. Akhirnya kami lihat saja.
0 comments