Oceanus Waterfront Mall
Salam sejahtera . ..apa khabar semua. Harap semua sihat jaga kesihatan,minum banyak air musim panas sekarang.
Bercakap mengenai cuaca panas seluruh negara,akak nak beritahu satu lokasi permainan kanak-kanak. Sesuai sangat kerana ianya terkenal di tengah bandar Kota Kinabalu. Emak bolehlah membeli barangan dapur manakala ayah pula boleh lah bertindak sebagai supervisor anak di indoor games ini.
Sedikit bayaran masuk dikenakan (maaflah akak tak tanya-berlalu pantas kerana ada urusan penting), walaupun berbayar ianya memang berbaloi. Terlindung dari panas dan hujan sambil-sambil penjaga boleh bersosial di fb.
Lokasi di Oceanus Waterfront Mall,terus turun bahagian bawah/basement dekat escolator dan juga tandas percuma. Parking pula di tingkat 3 bangunan ini. Oleh kerana ianya baru dibuka pada umum pihak pengurusan berbesar hati memberi 3 jam percuma parking. Apa macam? Lama 3 jam ni, seronoklah anak-anak main. Okay . ..itu saja nak cerita kali ini,hingga berjumpa lagi.
0 comments