Siem Reap-perkampungan islam

by - 08:22

Asyik dok round lawat temple je...jom kita gi lawat Masjid Nikmah,diketuai oleh Imam Negeri iaitu Tuan Haji Musa. Tok Imam ini pandai dan fasih juga berbahasa Melayu. Bahasa Melayu turut diajar kepada masyarakat tempatan di sini. Gambar ini merupakan gambar kelas agama bagi anak-anak penduduk di sini. Diajar oleh guru yang kadang-kala tidak menerima apa-apa bayaran kerana menurut Imam masyarakat di sini memang miskin.

Inilah pemandangan Masjid Nikmah yang saya ambil dari depan restoran Tuan Haji Musa.Agak usang tapi bersih dan boleh digunakan untuk bersolat Jumaat....juga solat 5 waktu yang lain.

Pernah tengok signboard ni? Tentu pernah bukan...bagi peminat Rasa Halal Orient yang diacarakan oleh Farah Diana Anuar,pastinya pernah tengok episod tersebut di mana Farah menemuramah Tuan Haji Musa dan melihat demontrasi masakan daging lembu naik bukit.



Awal-awal lagi dah cakap ini dia tanda Rasa Halal Orient,tapi saya hebat lagi sebelum episod itu ke udara saya dah rasa masakan Tuan Haji Musa dan isterinya....




Ini lagi clear,nampaknya kena tukar tajuk kepada RASA HALAL ZMAH,jangan marah Astro.



You May Also Like

0 comments