Trans-Borneo - Day 2- Hari Terbuka TLDM Telok Sepanggar
Lihatlah antara formasi menarik yang dilakukan oleh Navy kita,sungguh unik dan menarik.
Bila lagi nak berlagak gaya guna benda ni...time ni lah...kita guna kesempatan posing di sini.
Deretan motor kami yang dipamerkan kepada orang ramai...nampak motor kita kira dari kanan yang ke 5 siap ada helmet atas motor tu.
Gaya abang Mat sebagai Navy pada hari tersebut,rasanya kalau pakai uniform SEGAK sekali.
Laa...tak puas hati nak juga posing kat sini,layan lah. Segak juga abang Mat.
Suasana persekitaran hari terbuka yang sempat saya rakamkan berhampiran kapal KD PAUS.
Macam mana seronok tak? Mesti seronok melihat pelbagai gambar ni.
Ini pula suasana kapal KD KEDAH,amat meriah dengan begitu ramai pengunjung di sana. Ada cabutan bertuah bagi pengunjung yang melawat setiap kapal-kapal ni.
Nak pakai uniform orang tak bagi so abang Mat ajak kawan-kawan yang pakai uniform ni bergambar dengannya. Terima kasih kerana sporting melayan kami bergambar.
Kenangan gambar motor kami yang dijadikan pameran pada hari tersebut. Ingat ...jangan melimpasi tali merah putih ni..(pinjam loghat Sabah).
Setiap pengunjung berpeluang menimba ilmu dengan membaca bahan pameran dalam kiosk pameran.
Pameran senjata juga turut menarik minat abang Mat,nasib baik tak ada peluru...
Alang-alang datang sini dari Semenanjung jauhnya saya catatkan nama dalam buku pelawat,kenangan sejarah....sesiapa yang datang kembali ke sini pasti dapat melihat tandatangan saya dalam buku ini.Kalau buku ini tak lupus kira lah.
Paling best dapat merasa suasana makan di dalam kapal. Kami adalah jemputan khas,tetamu diberi keistimewaan makan di atas kapal.Memang best dan seronok.Rasanya boleh bayangkan kalau diri sendiri jadi krew kapal ni.
0 comments