Cat Ba Island....mesti ramai tertanya-tanya lokasinya di mana? Terletak di pinggir tenggara Halong Bay, iaitu utara Vietnam. Ianya dari 366 pulau yang merangkumi 260km2 daripada Cat Ba kepulauan yang membentuk Halong Bay. untuk pengetahuan anda Cat Ba Island selalunya disinggah semalaman oleh para pelancong yang ingin ke Halong Bay.Cat Ba Island terletak dalam Bandar Haiphong. Kami bertolak dari Hanoi dan bermalam di Bandar Haiphong yang dikenal sebagai bandar industri di Vietnam.Kami merupakan pasangan Melayu Islam...
Udang galah kami dah habis makan,sekarang masa nak pekena pencuci mulut pula.Di kampung tak perlu pergi jauh,atau masak kuih-muih nak dibuat pencuci mulut...cukuplah dengan buah-buahan di sekitar rumah.Operasi....memetik,mengupas dan makan buah-buah rambutan yang segar ini.Uppsss....Abe Mat! sabar....Rupanya...bukan kami yang muda ini saja yang dah 26 tahun tak bertemu...mak-mak/makcik ini pun dah lama tak bertemu. Macam episod jejak kasih di awal pertemuan kami,nasib baik tak siapa yang rakam.Perkenalkan ini kawan saya,26 tahun dulu dan kini...perancang utama...
Perjalanan pulang dari Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka. Kami melalui jalan ini ....oooo ada ALAM disini. Kami tak mahu berlengah lagi dalam minda dah terbayang udang galah dah ni. Jom! ikut kami lunch udang galah.Kami mengikut jalan lain pula untuk menuju ke Lubuk China.Nampak pula kapal ini. Lokasi...maaflah tak berapa tahu.Menurut maklumat kawan saya ini pula ialah medan ikan bakar. Sungguh banyak perubahan.Sesat di lokasi nampak gayanya,maklumlah semuanya baru dan berubah.Ok...menuju kita ke Kampung Sungai...
Kalau zaman saya kecil dulu (remaja),kami selalu juga ke Ramuan China Kechil atau Besar. Semata-mata nak menikmati minum petang sekeluarga. Sekarang amat ketara perubahan yang berlaku di sini,dah semakin pesat membangun.Kami bercadang nak ke Pengkalan Balak ni. Kenalah baca signboard,saya dah tak ingat laluan ini.Tanjung Bidara pun tempat berkelah,tapi kami ambil keputusan nak ke Pengkalan Balak lokasinya tetapi di Masjid Tanah.Cantik....dulu mana ada.Sampai juga akhirnya kami di Pengkalan Balak,Masjid Tanah. Ada medan ikan bakar ...lagi,memang...
Lubuk Cina,letaknya di Melaka.Kalau orang Melaka,tak sampai lagi di Lubuk Cina...tak tahulah.Satu lokasi yang amat terkenal 26 tahun lampau dengan kelarisan jualan udang galahnya. Walau pun udang galah dipancing di Kampung Sungai Timun,Negeri Sembilan atau di Kampung Telok Berembang, Melaka.Inilah buktinya...Lubuk Cina merupakan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.26 tahun lepas tak ada susur jalan selepas jambatan ini.Kalau dari Negeri Sembilan kita mesti terpandang papan tanda ini di sebelah kiri jalan sebelum menuju ke bulatan...
Kali ini saya paparkan gambar makam Raja Melewar lebih dekat lagi.Tetapi tak masuk dalam kawasan berpagar hanya di luar saja,kalau nak tengok lebih jelas boleh lihat pada link kawan-kawan blogger saya ini. Selesai di sini sesi ziarah,kami nak ke lokasi lain pula. Al-fatihah kami baca buat insan ini. ...
Mesti ramai tertanya-tanya Lubuk Cina letaknya di mana? Lokasi Lubuk Cina merupakan sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan,pastinya ia terletak di Melaka. Senang cerita umpama Besut di Terengganu yang bersempadan dengan Kelantan tetapi Besut terletak dalam Terengganu.Lokasi pertemuan kami ialah di Negeri Sembilan.Biasalah bila dah awal sampai mulalah nak mencari beberapa lokasi tarikan pelancongan lantas ternampak pula papan tanda Makam Raja Melewar. Pembaca sedia maklum bahawa Negeri Sembilan ini amat kaya dengan adat perpatihnya.Akhirnya sampai...
Seawal pagi jam tujuh lebih lagi kami sudah bertolak dari rumah ke Lubuk Cina. Sengaja turun awal memandangkan hari-hari sebelumnya hujan sentiasa turun awal pagi.Jadi kami tidak mahu lewat sampai di lokasi pertemuan yang dijadualkan jam 12.00-12..30 tengahari,lunch time.Oleh kerana kami sampai awal,secara tak sengaja kami melawat Kampung Sungai Timun ini. Maklumlah dah lama sangat tak ke sini. Memang banyak sangat perubahan yang tak saya jangka. Malah saya pun sendiri tak pasti...??? Mana rumah kawan...
Kali ini kami memulakan misi jelajah udang galah. Semua orang tahu kelazatan udang galah ini. Sama ada dimasak kari atau nak umpph sikit masak lemak cili api. Ya! jelajah atau ride udang galah kali ini ialah bukan semata-mata nak makan udang galah saja,tetapi ianya umpama misi jejak kasih dengan rakan lama puan blogger yang sudah lama sangat berpisah. Lebih kurang 26 tahun puan blogger tidak bertemu mata dan berutusan surat apa tah lagi untuk bertanya...
Masjid Cina@ Masjid Beijing di Rantau Panjang
17:00 / BY najiahs
Bagi pembaca yang baru membaca entry ini,anda boleh membaca mengenai Masjid Cina@Masjid Beijing di sini. Ada juga beberapa maklumat yang boleh dibaca dalam blog myadha dan beberapa kawan yang lain.Pasti pembaca ingin mengetahui berapa kos pembinaanya. Mengikut maklumat pembacaan saya kosnya menelan belanja hampir 9 juta. Lihat saja pada paparan saya yang sebelum ini. Memang cantik rekebentuknya.Dan paling saya suka keadaan persekitaran Masjid Cina@ Masjid Beijing ini bersih dan selesa. Tiada halangan bagi pelancong untuk berkunjung dan...
Mari kita lihat apa yang ada di persekitaran Masjid Cina aka Masjid Beijing ini. Ooooo...waktu atau masa,jam menunjukkan waktu lokasi tertentu.Saya suka ini,kerana kita sebagai manusia sememang asyik berkejar dengan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti harian.Satu paparan kreatif kerana pelawat atau pelancong dapat mengetahui waktu lokasi yang dilawati. Malah ada juga disidai jubah labuh untuk disarung ke tubuh bagi pelawat yang bukan islam. Bagus ..juga sebagai satu cara menghormati lokasi ibadat bagi pelancong bukan islam.Ooooo...inilah...