Pengkalan Balak, Masjid Tanah

by - 14:00

www.ceritaku.my

Kalau zaman saya kecil dulu (remaja),kami selalu juga ke Ramuan China Kechil atau Besar. Semata-mata nak menikmati minum petang sekeluarga. Sekarang amat ketara perubahan yang berlaku di sini,dah semakin pesat membangun.Kami bercadang nak ke Pengkalan Balak ni. Kenalah baca signboard,saya dah tak ingat laluan ini.

www.ceritaku.my

Tanjung Bidara pun tempat berkelah,tapi kami ambil keputusan nak ke Pengkalan Balak lokasinya tetapi di Masjid Tanah.

www.ceritaku.my

Cantik....dulu mana ada.


Sampai juga akhirnya kami di Pengkalan Balak,Masjid Tanah. Ada medan ikan bakar ...lagi,memang bestlah. Nampak gayanya kena buat perancangan lain kalau nak makan ikan bakar ni.

www.ceritaku.my

Ada juga chalet penginapan.


Pilihan ditangan anda,nak menginap dimana? Kami hanya meninjau lokasi,insyaallah ada peluang dan ruang masa lapang kami kembali lagi disini.

www.ceritaku.my

Kelihatan anak-anak muda sedang rehat di tepi pantai. Maklumlah hari minggu,rehat melepaskan lelah bekerja sepanjang minggu.

www.ceritaku.my

Ada juga wakaf disediakan,mungkin sesuai buat menikmati hidangan makanan bersama keluarga.


Masih ada lagi chalet hingga di penghujung jalan.

www.ceritaku.my

Sampan nelayan yang mungkin baru pulang dari laut,sebab saya ternampak beberapa orang pakcik nelayan yang membawa hasil tangkapan ke daratan.


Best..juga dapat mandi-manda sambil si ibu meninjau dari bawah pokok anak-anak bermain air pantai.

www.ceritaku.my

Ada juga sekumpulan para pelajar yang buat aktiviti ko-kurikulum di sini,bagusnya...suasana luar sekolah pun boleh berlaku pembelajaran.


Main...dik pasir tu...ayah tak marah pun!

www.ceritaku.my

Apa! nak pinjam sampan ni...? Boleh,silalah datang ke Pengkalan Balak,Masjid Tanah.  Anda boleh makan ikan bakar,tidur tepi pantai serta mandi pantai. Mesti seronok.

You May Also Like

2 comments

  1. assalamualaikum kak mah...memang menarik pemandangan kat Pengkalan Balak ini lagi satu kat linggi pun seronok juga...:)

    ReplyDelete