Ride udang galah
Kali ini kami memulakan misi jelajah udang galah. Semua orang tahu kelazatan udang galah ini. Sama ada dimasak kari atau nak umpph sikit masak lemak cili api. Ya! jelajah atau ride udang galah kali ini ialah bukan semata-mata nak makan udang galah saja,tetapi ianya umpama misi jejak kasih dengan rakan lama puan blogger yang sudah lama sangat berpisah. Lebih kurang 26 tahun puan blogger tidak bertemu mata dan berutusan surat apa tah lagi untuk bertanya khabar di talian talipon. Maklumlah dulu,kalau terpisah memang susah ....talipon bimbit mana ada,sekarang dunia yang semakin canggih dan perhubungan pasti tidak renggang dengan pelbagai alat komunikasi. Misi ride udang galah ini menuju ke Negeri Sembilan,jom! kami nak pekena udang galah.Apa lagi masak lemak cili apilah.
Kalau dulu-dulu,masa saya kecil udang galah ini memang murah sungguh,lebih kurang rm15/kg. Itu 26 tahun lepas.Sekarang jangan terkejut ,harganya ialah rm50/kg. Tapi iyalah makanan sedap ....mahal pun masih orang ramai beli.Lokasi terjah makan kami ialah di Kampung Sungai Timun....hahaaa...kalau nak tahu sila terjah google map sebelum saya sambung entry ini.
8 comments
sedapnya kalau buat sambal :)
ReplyDeletepaling ringkas, bakar pun sodap ni
ReplyDeletebukan ker abe mat sdg berpantang...?
ReplyDeleteBesarnya udang galah .. masak lemak .. best tu .. ^__^
ReplyDeletewww.anastasyea.com
Kang Latep...
ReplyDeleteini sebelum kejadian.
Yes...boleh masak sambal,masak lemak dan pelbagai lagi ikut citarasa kita.
kalau yg utk export import tu lagi le mahal....
ReplyDeleteride udg galah!!.woooow bestnya, sy plg suka kalau udg fresh tu tangkap/pancing sendiri...pasti sy buat masak char koeyteow..ummph !!
ReplyDeletetgk majalah 3 udang ni pon payahnye la rupe2nye nak dpt..
ReplyDelete