Pencuci mulut
Udang galah kami dah habis makan,sekarang masa nak pekena pencuci mulut pula.Di kampung tak perlu pergi jauh,atau masak kuih-muih nak dibuat pencuci mulut...cukuplah dengan buah-buahan di sekitar rumah.
Operasi....memetik,mengupas dan makan buah-buah rambutan yang segar ini.
Uppsss....Abe Mat! sabar....
Rupanya...bukan kami yang muda ini saja yang dah 26 tahun tak bertemu...mak-mak/makcik ini pun dah lama tak bertemu. Macam episod jejak kasih di awal pertemuan kami,nasib baik tak siapa yang rakam.
Perkenalkan ini kawan saya,26 tahun dulu dan kini...perancang utama operasi jejak kasih kawan lama ini.Seorang pensyarah di Unikl,Micet.
Sekali lagi ini juga kawan saya....seorang usahawan yang berjaya. Kami bertemu setelah 26 tahun berpisah tanpa sebarang berita,sama ada melalui surat bersetem,email dan talian talipon.Hinggalah kami bertemu secara tidak langsung di facebook .Terima kasih kawan....kerana masih ingat nama penuh tanpa kesalahan ejaan...hebat! Hanya rakan yang rapat saja dapat mengeja nama saya dengan betul.Moga ikatan persahabatan ini berkekalan hendaknya.Mungkin kita dapat bertemu lagi dengan beberapa kawan lain yang sudah kita jumpa juga melalui internet.
4 comments
sedapnya moktam kuning huhuu
ReplyDeleteyess.. saya pun suka rambutan kuning...
ReplyDeletebestnya... rs nak rambutan petik je tepi rumah..
ReplyDelete50 Year Mortgages50 year mortgages are loans scheduled to get
ReplyDeletepaid over 50 years quick loans becoming a good borrower - another bonus of loans for
bad credit is besides getting the money you'll need, you're also given the opportunity to rebuild your credit history.
My webpage :: quick loans