Pristina, Kosovo
Assalamualaikum,salam jelajah negara Balkan. Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Pristina. Kali ini naik bas,dan ada 2 orang lagi rakan travel yang turut berhenti di sini. Seawal jam 6.30 pagi kami sudah tercegat di stesen bas. bayangkan mereka semua belum bangun masih lena diulit mimpi. Bestnya kami masih tiada lokasi penginapan. Kami terjah.
Pagi hari berjalan hampir 2km,membakar kalori tubuh untuk mencari lokasi penginapan. Lokasi pertama,kami ikut 2 rakan travel ke backpacker buffalo (kalau tidak silap ingatan saya,malas nak tengok dalam jurnal) Abe Mat kata tidak sesuai. Kenapa? Jom...dating pekena nescafe tarik...hihiii Jalan lagi sambil debaran hati masih tak keruan. Kerana masa nak ke lokasi pertama tadi kami dikerumuni hampir 20 ekor anjing. Bayangkan....ngeri wei! Akhir jumpa juga. Lagi gambar menarik lihat SINI.
Rupanya nak mandi di sini ada waktunya. Selepas saya baca dan dapatkan maklumat,barulah saya tahu bahawa di bandar Kosovo ini bekalkan airnya terhad dan ianya dicatu. Lokasi ini kekurangan hujan tahunan,patutlah ada waktu-waktu yang dibenarkan untuk mandi dan mencuci pakainan. Untuk pengetahuan kalian bekalan air bagi bandar Kosovo ini diperolehi dari takungan air Batllava dan Badovci.
Saya sangat suka reka-bentuk bangunan di sini. pelik sungguh tapi cantik dan menarik. Kalau bab makan jangan risau banyak kebab Turki di sini. Rakyat Bosnia pun ada yang tinggal di sini. Inilah Balkan.
Kami semalaman saja di sini....sampai pagi,petang kami ronda sekitar bandar sambil beramah-mesra dengan warga setempat. Bye ....kita jumpa lagi.
0 comments