Lokasi menarik di Sabah.

by - 21:06

ceritaku.my
Gambar di ambil berhampiran pelabuhan Kota Kinabalu
Assalamualaikum,salam berita dari negeri dibawah bayu. Apa khabar semua. Harap semuanya sihat untuk sedia fokus untuk membaca catatan seminggu kami di sini. Jangan lupa hari biasa kami masih kerja mencari nafkah untuk isi sang perut kuda besi kami,perut kami pun perlu bantuan makanan untuk kekal sihat dan bertenaga untuk berjalan sekitar negeri di bawah bayu ini.

ceritaku.my

ceritaku.my

Singgah sekejab di Pekan Nabalu. Hilangkan lenguh kaki tangan. Malangnya si Gunung Kinabalu tidak kelihatan kerana kabus agak tebal dek kerana hujan di awal pagi. Bergambar sekeping dua buat kenangan. Kedai dan gerai jualan pun tak buka lagi. Ramai juga pelancong yang singgah makan bekalan yang dibawa ada juga sekadar bergambar seperti kami. 

Sepanjang hujung minggu lalu kami sekali lagi bergerak dengan kuda besi ke Kundasang. Seawal jam 6.50 pagi sudah di jalanan. Niatnya nak lihat dari jauh si gunung kinabalu. Seronok dan best sangat sepanjang perjalanan ,maklumlah sejuk dan nyaman . Tambah lagi hujan pula di perjalanan memang menyengat udara kesejukan di tulang ini. Tanpa baju hujan ,kami redah saja hujan. Bukan tidak biasa main hujan. Basah pun basahlah,akhirnya sampai juga di Kinabalu Park. Kami sarapan di café depan Kinabalu Park. Sejuk dan kebasahan memang sesuai untuk masa sarapan menikmati secawan kopi panas dan sandwich. Sekejab saja habis makanan di depan mata kami.


ceritaku.my

Tahukah pembaca sekalian,ini merupakan kali pertama kami singgah dan masuk ke Kundasang War Memorial. Memang sudah banyak kali kami sampai di sini,malangnya tidak pula berkesempatan singgah masuk . Kali ini kami guna kesempatan yang ada untuk masuk ke dalam dengan kadar bayaran sebanyak rm2 saja bagi dewasa – harga bagi warganegara. Jika kalian ke Kundasang singgahlah masuk dan bacalah sejarah memorial ini. Sangat menyentuh perasaan kerana sejarah ini menceritakan ramai nyawa yang terkorban serta ianya masih kekal dalam ingatan bagi Negara yang terlibat dengan situasi ini.


ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini di halaman CERITAKU UNTUK MU facebook atau lagi pantas di IG KAKMAHH.

You May Also Like

0 comments