Assalamualaikum,
Pada hujung minggu lepas, Mya dan keluarga mengikuti trip percutian ke Tasik Kenyir. Trip ini merupakan rancangan bersama kawan-kawan sekolah emak Mya. Mereka telah merancang untuk pergi ke Tasik Kenyir sejak tahun lepas lagi. Mya telah apply cuti awal sejak bulan 2 lagi. Sebelum ini, Mya selalu kena tinggal dengan keluarga bila bercuti. Akhirnya, Mya dapat juga peluang untuk bercuti bersama keluarga yang tercinta. Mya apply cuti sebanyak 5 hari bermula pada 12hb April hingga 16hb April.
Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir, kami singgah di rumah Kuantan pada hari Khamis pagi dari Kuala Lumpur. Sementara menunggu abang, kakak ipar dan adik bongsu sampai di Kuantan, Mya membantu mak menyediakan makanan petang. Seluruh ahli keluarga pergi kecuali adik yang ketiga. Sibuk katanya. Selepas makan petang, Mya menolong emak mengutip belimbing besi dan terung telunjuk di halaman rumah. Ayah dan abang Mya mengambil masa untuk tidur sebelum memulakan perjalanan yang agak jauh.
Kami bertolak dari rumah pada pukul 12 tengah malam. Kami menggunakan 2 buah kereta. Kereta ayah dinaiki emak dan adik. Manakala kereta abang dinaiki kakak ipar dan Mya. Emak dan kawan-kawannya berjanji untuk berjumpa di RnR Perasing. Perjalanan memakan masa selama 1 jam setengah. Kami tiba di RnR Perasing pada pukul 1.30 pagi. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir yang mengambil masa selama 5 jam. Kami singgah solat subuh di masjid dan menikmati sedikit sarapan di gerai berhampiran.
Kami mengambil pakej percutian 3 hari 2 malam diatas rumah bot. Kami perlu membayar RM180 seorang. Tak salah Mya, emak ada cakap yang 1 bot, RM3000. Kami parking kereta di tempat yang disediakan. Kami membayar parking dengan harga RM5 semalam. Jumlah bagi tiket parking ialah RM20 untuk 2 malam. Kami terus menaikkan bagasi kami di atas bot. Kami menggunakan 2 buah rumah bot yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Rumah bot ini mempunyai 10 bilik tidur termasuk 2 bilik untuk pemandu bot. Disediakan juga 2 bilik mandi, 2 tandas dan dapur untuk memasak.
Pada pukul 11 pagi, aktiviti pertama kami ialah melawati Taman Herba. Dengan pemandangan yang berlatarkan Tasik Kenyir, Taman Herba ini mempunyai pelbagai jenis herba seperti Pandan Wangi, Daun Mas Cotek, Tongkat Ali Putih, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa. Kami juga sempat merasa Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa. Tidak lupa juga menangkap sedikit memori untuk dijadikan kenangan. Selepas itu, kami pulang ke rumah bot untuk makanan tengahari. Makan tengahari disediakan oleh pihak perempuan. Makanan tengahari kami ialah ikan goreng, Gulai Lemak Ikan Masin, Telur Dadar dan Ulam-ulaman.
Tunggul Kayu di Tasik Kenyir |
Mya dan kakak ipar main buaian di Taman Herba |
Selepas makan tengahari, kami melakukan aktiviti yang seterusnya iaitu mandi manda di Sungai Saok dan bermalam di sini. Air Terjun di Sungai Saok ini penuh dengan batu dan jarak antara 2 air terjun sangat dekat. Mya hanya mandi di satu kawasan sahaja. Setelah kesejukan, Mya dan keluarga terus bergerak balik ke bot. Kami juga tidak melepaskan peluang mandi di Tasik Kenyir. Disebabkan ini pengalaman pertama mandi menggunakan jaket keselamatan, Mya tidak dapat mengimbangkan badan dan mudah takut apabila tenggelam. Mya mandi sekejap dan segera naik ke atas bot dengan bantuan abang Mya.
Keluarga Mya di Sungai Saok |
Kupu-kupu berehat seketika |
Mya terus mandi di bilik air dan berehat seketika di bilik. Kami melakukan aktiviti bebas pada waktu malam. Ada yang berkarok, memancing dan menonton televisyen. Kemudian, kami dipanggil untuk menikmati makan malam. Makanan malam kami ialah Nasi Putih, Ayam Masak Kicap, Sayur Kubis Goreng dan lain-lain. Selesai makan malam, kami bersiap sedia untuk masuk tidur.
Itu sahaja untuk hari ini. Nantikan Tasik Kenyir Vacation Trip Day 2.
0 comments