Ini gambar yang sempat saya ambil dalam pasar Hanoi.Cantik dan kreatif ciptaan mereka,sempatlah beli beberapa barangan sebagai tanda kenangan.Masa pergi ni musim sejuk,tengah sale kain satin untuk persediaan musim panas yang bakal menjelang.Sempat juga shopping beberapa pasang kain satin vietnam.Satu peringatan kepada kaki shopping,semua barangan di sini cantik dan murah tapi anda perlu berhati-hati jika membeli kain pasang kerana dikhuatiri tak cukup meter pula.Nanti ada yang pakai baju 31/2 meter.Biasalah penipuan ada di mana-mana,mereka pun...
Time ni tengah dok survey nak pergi ke Halong Bay so mencari travel agensi yang bersesuaian lah ni.Memang banyak travel agensi tapi yang paling tersohor ialah SINH CAFE. Masa lalu depan kedai ni tak terfikir nak beli topeng,bila balik Malaysia terasa rugi pula tak beli.Moralnya bila rasa berkenan baik beli terus,nanti terkenang-kenang.Memang kreatif hasil buatan mereka.Kat mana kedai ni? Kedai ni terletak berhampiran dengan tempat penginapan kami.Saya memang booking guest house yang betul-betul dalam kawasan...
Bergambar kenangan dihadapan tempat penginapan kami iaitu APT GUEST HOUSE.Agak selesa tempatnya apa yang boleh saya katakan,jika anda melihat gambar guest house ini dalam website keadaan biliknya adalah sama seperti realiti. Guest house ini terletak berhampiran dengan masjid,bolehlah dengar azan subuh.Boleh berjalan kaki ke pasar yang berhampiran.Saya boleh merayap ke kedai-kedai yang berhampiran hanya dengan berjalan kaki memang tak salah dah memilih guest house ni . ...
Kisah bermula selepas kami melawat Medan, nak terus naik flight ke Vietnam. Gambar ini diambil ketika flight delay dan kami masih di Medan lagi,bayangkan jam 8.00pm flight delay dan pagi esok jam 6.00am atau lebih tapi yang pasti pagi sesudah subuh nak naik flight terus ke Vietnam.Penat memang penat tapi seronok mengatasi segalanya,maklumlah pertama kali menjejak kaki ke Vietnam pada musim sejuk.Malangnya kami terlewat seminggu kalau tidak sempatlah merasa sejuk paras 0 darjah.Masa kami pergi...
Sempat lagi saya mengambil gambar sebelum menuju ke dewan pameran. Laluan utama ke dewan pameran.Bunga hidup tu...memang cantik. Bergambar kenangan dengan pelajar universiti yang menjadi sukarelawan bagi penunjuk-arah kepada warga negara asing.Sebenarnya tujuan suami dan saya ke negara China ialah ingin menghadiri diri di CANTON FAIR. Memang amat menarik dan satu pengalaman yang amat sukar dilupakan.Bayangkan seluruh dunia datang membuat pameran pelbagai barangan terbaru,terkini dan penuh kreativiti dengan satu tujuan iaitu untuk dipasarkan ke serata...
Ini pula kisah bab makan,mulanya nampak satay rasa macam sedap kami pun order satay kambing tu,makanlah satay memang sedap.Lepas makan satay rasa macam tak kenyang lagi....iyalah nak cakap cina sepatah haram pun tak tahu nak cakap walau pun hari-hari dok menonton cerita cina.Bila kita speaking depa pula tak faham,jadi bak kata orang tua-tua umpama itik dan ayam kami bercakap.Tapi memang nasib baik ada menu,yang kelakarnya dalam gambar menu saya nampak kecil je pinggannya,bila sampai masyaallah...
Ini pula gambar di Shenzen,China. Minta maaf bebanyak memang nak siarkan banyak gambar tetapi almaklumlah gambar banyak hilang. Saya hanya ada beberapa keping gambar aje yang boleh dijadikan kenangan,nampaknya kena menabung lagi kalau nak gambar banyak...baru boleh ke Shenzen lagi. Di Shenzen ni,kami bermalam di hotel muslim atau dikenali sebagai hotel MUSI (Muslim).Memang payah nak cari hotel ni,berjalan kaki, kami naik teksi akhirnya sampai juga di hotel ini.Kenangan yang tak dapat dilupakan di sini ialah...
Oleh kerana gambar rakaman tepi jeti tak dapat saya siarkan,komputer ulasan (rakaman rosak).Hanya tinggal ini saja rakaman di tepi jeti,lokasi masih di Hong Kong.Maaflah tak ingat nama tempatnya,ianya merupakan laluan utama ke China dan Macau.Bagi peminat cerita cina pasti anda ada atau pernah terlihat lokasi ini.Ia merupakan lokasi penggambaran paling glamer lah... ...
Gambar ini saya rakamkan ketika kami mula-mula sampai di Hong Kong,untuk pengetahuan anda ini adalah jalan bawah tanah LRT/MRT Hong Kong. Bila sampai aje di sini kami hanya ikut arahan signboard yang tertera tup-tup...... bila keluar rupanya di Tsim Sha Tsui yang bersebelahan dengan Masjid Kowloon. Memang canggih jalan bawah tanah yang dipenuhi pelbagai iklan pada dinding,tiada satu pun ruang terbiar kosong. Tapi anda perlu ingat bila kita baca arahan signboard untuk keluar pintu D...
Inilah beberapa keping gambar kenangan yang dapat siarkan untuk tatapan para pembaca blog saya. Memang banyak gambar yang dirakam buat kenangan malangnya.....hilang dalam simpanan,apa kan daya...mungkin kena pergi melancong lagi ke sana. ...
Pertama kali menjejak kaki ke sini tanpa sebutir bahasa mandarin pun tak tahu nak cakap. Sebenarnya perjalanan kami bermula di Guangzhou,China. Tapi dah terUPLOAD gambar Hong Kong. Jalan punya jalan bawah tanah,kami naik LRT. Kami ikut signboard,tup-tup kami keluar sebelah masjid KOWLOON. Memang molek lah sempat cik abang ni solat Jumaat di Hong Kong. Saya menunggu di luar masjid ni. Seronok sebab masjid ni di tepi jalan besar,dan bagi jemaah masjid selepas solat mereka diberi...
Maaflah para pembaca blog sekalian 5 kali cubaan untuk memasukkan tayangan rakaman video dalam blog ini,malangnya tak berjaya juga. Akhirnya saya buat keputusan menerbitkan catatan terakhir mengenai BALI dengan gambar yang saya ambil ini. Walaupun saya sendiri tak berpuas hati kerana gagal upload rakaman tersebut tapi apa kan daya,pelbagai usaha telah dibuat,moga jika Allah kurniakan rezeki yang lebih dan halal dapat lah saya berjalan lagi ke negara orang. ...
Waktu ini kami baru aje balik melawat Uluwatu....kami hanya menyaksikan pemandangan menarik di pertengahan jalan pulang ke tempat penginapan. Dah hampir senja berhenti seketika,keliru jalan ke PURI DEWA BURATA... Kami pun bertanya dengan penduduk yang berehat di TUGU ini. Bali memang ada pelbagai tugu yang mempunyai simbolik makna tertentu atau dengan kata lain sebagai mercu tanda atau daya tarikan pelancong asing datang melawat BALI. ...
Mulanya suami saya minta saya bergambar di sini,tapi saya menolak....takut pula rasa di hati. Memang unik seni rekanya tapi bila tengok,perhati betul-betul rasa takut ...memang timbul...Akhirnya saya pula yang ambil gambarnya.Lupa nak beritahu lokasinya ialah di lapangan terbang Bali sebelum kami bertolak pulang ke Malaysia. Waktu santai dan relak sesudah mandi kolam...di tempat penginapan kami Puri Dewa Burata. Kalau anda mahu ke sini,boleh booking online itu lebih murah berbanding walk in... Cantik bukan pemandangan di...
Inilah pemandangan menarik,di kolam mandi tempat penginapan kami. Kami menginap di Puri Dewa Burata,pelik dan unik namanya.Unik dan pelik tapi menarik tempatnya. Hadapan pintu masuk ke bilik penginapan,sesiapa yang takut jangan tengok tau!Kami sempat singgah di kedai yang menjual pelbagai helmet yang mempunyai reka bentuk unik. Helmet ini dipasarkan ke peringkat antarabangsa,bukan sebagai barang mainan. Nak cuba...datanglah sini,boleh beli bawa balik. Boleh cuba,tuan kedai tak marah pun. Agaknya kalau pakai di Malaysia boleh tak?? ...