Hong Kong - Perjalanan menuju Hong Kong
Gambar ini saya rakamkan ketika kami mula-mula sampai di Hong Kong,untuk pengetahuan anda ini adalah jalan bawah tanah LRT/MRT Hong Kong. Bila sampai aje di sini kami hanya ikut arahan signboard yang tertera tup-tup...... bila keluar rupanya di Tsim Sha Tsui yang bersebelahan dengan Masjid Kowloon. Memang canggih jalan bawah tanah yang dipenuhi pelbagai iklan pada dinding,tiada satu pun ruang terbiar kosong. Tapi anda perlu ingat bila kita baca arahan signboard untuk keluar pintu D maka perlulah kita keluar ikut pintu tersebut,kalau tak .....sendiri fikirlah.. sesat dan jauh berjalan silap-silap naik teksi, mahal yang amat. Alhamdulillah kami berdua tak sesat,apa yang penting ingat lokasi pergerakan kita dan tahu tempat mana yang kita nak tuju. Paling senang di Hong Kong ni,sebab ada beberapa jalan bawah tanah dan setiap jalan ada signboard so tak perlu risau untuk sesat janji tahu nak pergi mana??
0 comments