Canton Fair-Guangzhou
Sempat lagi saya mengambil gambar sebelum menuju ke dewan pameran.
Laluan utama ke dewan pameran.Bunga hidup tu...memang cantik.
Bergambar kenangan dengan pelajar universiti yang menjadi sukarelawan bagi penunjuk-arah kepada warga negara asing.
Sebenarnya tujuan suami dan saya ke negara China ialah ingin menghadiri diri di CANTON FAIR. Memang amat menarik dan satu pengalaman yang amat sukar dilupakan.Bayangkan seluruh dunia datang membuat pameran pelbagai barangan terbaru,terkini dan penuh kreativiti dengan satu tujuan iaitu untuk dipasarkan ke serata dunia.Memang bertuah saya dapat melihat sendiri pameran ini.Saya sendiri tak menyangka boleh terleka melihat pelbagai barangan menarik dalam satu dewan selama 4 jam.Sedar-sedar kaki penat dan lenguh,tengok jam rupanya dah empat jam saya di dewan tu...itu baru satu dewan ada lagi 3 dewan,kiralah berapa banyak masa yang dihabiskan dengan melihat pelbagai barangan terkini.Bab makan anda tak perlu risau bila dah seluruh dunia berkumpul memang semua keperluan warganegara asing mereka sediakan.Sekuriti pula memang ketat setiap kami ada tag nama tersendiri yang disediakan dalam masa tak sampai pun 5 minit,cctv semua tempat dan keselamatan memang terjamin sebab semua yang datang adalah warga negara lain,mereka perlu menitik-berat keselamatan pelanggan mereka.Kalau ada peluang memang rasanya nak pergi lagi,insyaallah.
3 comments
ish ish ish...kuat derak k mah ni. tok ajok orey
ReplyDeleteajok doh...ima wat dok tau jee...
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletenak tanya..kalau kebetulan kami kesana (plannya insya-Allah pada 26/4/13):
1. boleh ke kami main terjah je. Adakah kena buat pre-registration sebelum kesana?
2. adakah dibuka juga utk org awam/on vacation?
mohon pencerahan. tq