Maaflah para pembaca blog sekalian 5 kali cubaan untuk memasukkan tayangan rakaman video dalam blog ini,malangnya tak berjaya juga. Akhirnya saya buat keputusan menerbitkan catatan terakhir mengenai BALI dengan gambar yang saya ambil ini. Walaupun saya sendiri tak berpuas hati kerana gagal upload rakaman tersebut tapi apa kan daya,pelbagai usaha telah dibuat,moga jika Allah kurniakan rezeki yang lebih dan halal dapat lah saya berjalan lagi ke negara orang.
Waktu ini kami baru aje balik melawat Uluwatu....kami hanya menyaksikan pemandangan menarik di pertengahan jalan pulang ke tempat penginapan. Dah hampir senja berhenti seketika,keliru jalan ke PURI DEWA BURATA... Kami pun bertanya dengan penduduk yang berehat di TUGU ini. Bali memang ada pelbagai tugu yang mempunyai simbolik makna tertentu atau dengan kata lain sebagai mercu tanda atau daya tarikan pelancong asing datang melawat BALI.
Sebelah petang kami meronda dengan kapcai yang kami sewa tu...sampailah di pantai Janbiran lewat petang. Memang ramai juga pelancong asing yang sedang leka menjemur diri di bawah bahang sang mentari,inilah beberapa keping gambar yang sempat saya rakam untuk tatapan anda. Biasalah gambar pemandangan di pantai...dengan arusnya yang agak deras dan bergelora,manusianya yang berbikini atau ..dot..dot...
