Kedai kain THAITUAN, Hanoi
Mulanya saya memang tidak mahu menyiarkan gambar ini.Seganlah...sebab banyak shopping ni,disebabkan ada pembaca yang bertanya saya membeli di mana? Kenalah paparkan juga gambar ini walau sekeping. Inilah kedai Thaituan,kedai kain yang dikawal dan ianya merupakan kedai rasmi/milik kerajaan. Ini bermaksud dari segi harga kita tidak perlu risau kerana ianya tidak terlampau mahal kerana ia dikawal oleh kerajaan. Bila membeli di sini kita tidak perlu risau jika pembelian kain tidak cukup meter.Jika kita mahukan 4 meter kain untuk sepasang baju kurung kita pasti mendapat kain berukuran 4 meter untuk dibawa pulang,berbanding dengan pembelian di pasar Dong Xuan pula bila membeli kita perlu memerhati dengan lebih teliti ketika mereka mengukur/menyukat kain pembelian kita kerana sering berlaku pembelian kain yang tidak cukup meter.Kalau nak membeli kain telekung solat pula saya tidak pasti di mana,mungkin pembelian kain telekung boleh dibuat melalui pemilik Nisa Restauran.Bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kedai kain ini bolehlah layari ----- Thai Tuan Group Corporation
4 comments
harga barangan kat vietnam masih murah2 kan berbanding negara kita kn
ReplyDeleteAyie...
ReplyDeleteKena pandai tawar-menawar untuk mendapatkan harga terbaik.
Kak Mahh..
ReplyDeletetrimo kasih banyok deh atas info kedai kain tu... saya lah g request namo keda tu...Insya Allah akan cari kedai tu bila gi ke sana 2 minggu lg..tq again.
*linda*
Telekung byk jual kat Bien Thanh Market, Saigon...
ReplyDelete