Assalamualaikum...salam akhir penghujung Syabban menuju Ramadhan. Apa khabar semua rakan-rakan? Sihatkah kalian.Kali ini saya memaparkan kisah perjalanan kami berdua ke Perak.Kami sememangnya amat jarang ke Perak. Kenalan ada di beberapa lokasi di Negeri Perak tapi...entah mengapa jarang singgah di Perak. Pernah dengar tak kisah Perak Man. Kalau menurut sejarah lalu ianya merupakan kisah penemuan rangka manusia tertua yang ditemui di Lenggong, Hulu Perak.Anda nak tahu selanjutnya boleh baca dalam wikipedia ini.
Seronok meneroka Galeri Arkeologi ini,pelbagai kisah silam kita tahu dan seolah berada di zaman tersebut.
Ini beberapa kepingan gambar yang saya ambil dalam galeri.
Susah-payah pakar Arkeologi mencari dan menkaji sejarah lampau.
Alhamdulillah,kita menuju ke arah Negara Maju. Kalau tidak,adakah kita masak, berpakaian...sebegini?Saya lepaskan rakan pembaca melihat sendiri gambar yang saya ambil....scroll ke bawah.
Ala...ada ic juga?
Sekarang kita dah berubah...
Peralatan yang sering digunakan untuk aktiviti harian.
Ini rangka manusia yang ditemui di Kelantan,begitu juga gambar dibawah.
Bila datang ke galeri ini,barulah saya tahu bahawa Perak wujud sejak zaman pra-sejarah lagi...iaitu 400,000-800,000 sebelum masihi,manusia sudah menduduki atau membuat penempatan di negeri ini.
Kami dah selesai melihat sejarah negara. Bagi yang ingin ke sini bolehlah layari Galeri Arkeologi Lenggong. Jangan risau jika perjalanan anda melalui kawasan kampung dan ladang sawit kerana lokasinya unik. Ingat sejarah lalu bermula di lokasi yang di luar jangkaan kita...lagi menuju pendalaman lagi unik kegemilangan sejarah itu.
7 comments
seksinya dalam gambar tu
ReplyDeleteDulu-dulu...macam ni lah.
Deletesalam kak mah.. hihihi takut jugak saya tgk gamba ic tengkorak tu :D
ReplyDeleteMenariknya.....
ReplyDeleteTapi memang seksi heheheh
Sejarah kewujudan Manusia di Nusantara..Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia melainkan menyuruh kita berfikir
ReplyDeletetak sangka moyang kita dulu macam tu kan..hehe
ReplyDeleteWelcome to Afrika cik gu Mat Lasim Deraman....
ReplyDelete