Kellie's Castle, Perak

by - 14:01

www.ceritaku.my

Kellie's Castle kediaman seorang hartawan Scotland yang dikenali William Kellie Smith yang dibina pada zaman kolonial antara tahun 1909 hingga 1926.Pertama kali menjejak kaki ke sini melalui pintu utama yang gah dan mata terus terpaku pada istana kediaman hartawan ini hati terdetik...sungguh kaya mereka.Lokasi istana Kellie's Castle ini terletak di kilometer 5.5 Simpang Pulai-Batu Gajah.Tidak susah untuk mencari lokasi ini. Ianya betul-betul dilaluan utama jalan besar.


www.ceritaku.my

Sangat unik dan menarik senibina  Kellie"s Castle ini. Rupanya pemilik rumah ini amat taksub dengan senibina agama Buddha dan budaya buddha sehingga wujudnya kediaman Kellie's Castle yang mirip ke arah senibina orang Madras.Saya sendiri amat kagum dengan senibina kediaman ini. Apa tidaknya,seluruh lokasi rumah ini saya terokai. Amat memeranjatkan bila terjumpa satu lokasi terowong bawah tanah yang menembusi terus ke estetnya.Terowong ini dibina dengan tujuan menjaga keselamatan keluarga Smith.Jangan terkejut jika anda terjumpa satu pintu....rupanya ianya adalah lift untuk kemudahan penghuni rumah ini. Malah ada sejarah telah tercatat bahawa pembinaan bangunan ini pernah mendapat liputan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Liputan akhbar itu menyatakan pembinaan rumah Kellas ini amat unik di Timur Jauh,sama ada dari segi besarnya rumah ini dan bentuknya.


www.ceritaku.my

Ruang tamu kediaman Kellie's....tapi ini bukanlah yang asal hanya disusun oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mempamerkan suasana kediaman ini. Memang besar dan unik kediaman Kellie's ini.Saya kagum dengan senibina rumah ini.Malah ada pula court atau gelanggang tenis di bahagian atas kediaman ini.


www.ceritaku.my

Bilik anak-anak Smith ini saling berhubung antara bilik dan di hujung biliknya ada laluan terus ke terowong sulit. Maaflah saya memang tak masuk ke terowong itu. Gambar atas ini merupakan beranda laluan antara bilik utama dan bilik anak-anaknya. Bilik tetamu pula berada di lokasi berlainan.Memang tidak rugi jika anda datang ke melihat sendiri banguan lama ini. Ianya unik dan pelik. Maklumlah ianya merupakan bangunan pertama yang mempunyai lift tetapi malangnya lift tidak sempat dibawa pulang oleh Smith yang meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon,Portugal.


Saya tinggalkan pembaca dengan coretan sejarah ini. Sehingga bertemu kembali ..asslamualaikum,salam mesra dari kami.

You May Also Like

2 comments