Assalamualaikum...salam dari bumi Islam Turki yang kaya dengan sejarah zaman Othamaniah. Alhamdulillah sejarah Islam Turki terkenal serantau alam. Tidak rugi jika kalian datang ziarah mengenali dan menyelami sejarah islam Turki. Kali ini kami ke Taksim. Lokasi yang terkenal dengan pelancong.
Sememangnya Taksim ini amat terkenal di mata pelancong asing. Bagi yang minat membeli-belah di Taksim ini kalian boleh membeli apa saja yang dihajati. Tapi kenalah pandai tawar-menawar. Dan jangan lupa meninjau harga di pelbagai lokasi kedai yang berdekatan antara satu sama lain.
Taksim merupakan hab pengangkutan yang terpenting di Turki.
Istiklal Caddesi merupakan laluan pejalan kaki yang panjang dan berakhir di dataran Taksim.Ianya merupakan laluan bagi kaki shopping.
Jangan risau sekitar Taksim banyak hotel penginapan...pilih saja mana yang bersesuaian. Makanan...jangan risau banyak kedai makan berdekatan di situ. Sememangnya Taksim ini merupakan lokasi yang sesuai untuk aktiviti sosial seperti perarakan, sambutana tahun baru dan juga adalah Pusat Kebudayaan Artartuk.Lokasinya di Taksim Square.
0 comments