Kota Paris

by - 15:00

www.ceritaku.my

Jelajah Kota Paris. Kalau sampai dan jejak kaki ke negara-negara Eropah WAJIB singgah London dan Kota Paris. Tak singgah tak lengkap pengembaraan kalian memenuhi misi jelajah EROPAH. Percaya tak? Kena percaya,saya serius tak tipu. Tengok gambar ni,sesi hirup angin petang di depan Menara Eiffel naik bot. Romantik!


www.ceritaku.my

Masa ambil gambar ini dah petang sekitar jam 5 lebih...dah mula gelap. Kalau ambil dekat sah-sah tak nampak seperti ini. Sambil jalan sambil petik kamera. Lagak macam pro...ambil gambar. Janji ada gambar nak buat kenangan.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Naik tren saja nak ke Menara Eiffel. Nak naik menara malas nak beratur. Kami ambil keputusan bijak dan jimat. Ambil gambar dari jauh,dan merenung besi-besi yang terpacak tinggi yang begitu tersohor serata dunia. Sebenarnya pada sebelah siang kami dah sampai sini. Hajat nak tengok cahaya sinaran lampu Eiffel Tower,khabarnya sangat cantik. Serius! memang cantik tak rugi datang waktu siang tengok....dan malamnya tengok sekali lagi.


www.ceritaku.my

Ini pula pemandangan biasa mesin jualan air ...tahukah anda memang kena ikut laluan ini untuk ke Menara Eiffel. Kalau tak jumpa Ledru Rollin,sesatlah tu....

www.ceritaku.my

Kami tak kayuh basikal,kami kayuh kaki.

www.ceritaku.my

Ini meter atau mesin untuk sewa basikal,boleh guna kad kredit untuk perkhidmatan basikal kayuh sendiri.


www.ceritaku.my

Motor dengan Abe Mat yang tidak dapat dipisahkan. Tengok jer pun bukan kena bayar.

www.ceritaku.my

Menarik,malangnya harganya pun membuat Abe Mat menarik saya menjauhi kedai ini kikiiiii. Semoga kalian seronok membaca dan melihat gambar dalam blog saya,nanti kita sambung lagi, assalamualaikum.

You May Also Like

0 comments