Croatia yang unik,Zagreb yang bersejarah
Salam sejahtera dari kami yang jelajah Negara Balkan. Negara unik yang sangat menarik untuk dijelajah.
Dari Slovenia ke Croatia,kami sampai di ibu kotanya Zagreb. Tak perlu kata apa. Lihat saja bangunannya kita boleh tahu sejarah negara ini. Ingat mata wang euro tidak bernilai di sini. Sila bertukar kepada KUNA. Gambar atas merupakan destinasi pertama kami singgah sesudah turun dari bas. Sebelahnya hentian bas.
Jangan terkejut. Inilah pandangan awal kami. Sepinya Zagreb. Mana semua orang. Terdetik dalam hati kami 'betul ke tak ada orang'. Abaikan kesepian dan kesunyian .... jom! jelajah bersama kami.
Uniknya Zagreb ini, menurut sejarah ada larangan pembangunan atau pembinaan bangunan yang tinggi. Yang dibenarkan hanya 4 hingga 8 tingkat saja. Patutlah bangunannya tiada yang tinggi berbanding dengan negara kita. Di Laniste / Kajzerica sahaja kita boleh lihat bangunan yang melebihi 10 tingkat. Ini semua berlaku seiring dengan perubahan atau peredaran zaman.
Bila petang,kami terjah melihat trem / keretapi yang merupakan antara pengangkutan utama di Zagreb. Memang saya kagum dengan Croatia yang unik. Ibu kota Zagreb yang penuh dengan nilai sejarah. Lagi cerita Croatia - Zagreb boleh baca di SINI dan SINI. Untuk entry akan datang saya akan paparkan lagi gambar Negara Croatia ini,kita kongsi bersama gambar sejarah ibu kota Zagreb.
Jangan lupa singgah di CERITAKU ada banyak paparan gambar menarik di situ. Assalamualaikum.
0 comments