Sarajevo , Bosnia Herzegovinia

by - 23:00

www.ceritaku.my

Salam jelajah negara Balkan. Kami dah nak sampai di Sarajevo,Bosnia Herzegovinia. Seronok juga kembara naik bas turun bas ni macam di tempat sendiri. Kalau di Malaysia tidak pula buat naik bas turun bas ni. Dah 2,3 kali saya tulis negara Balkan ini. Yang penting perlu kita tahu bahawa Negara Balkan ini merupakan lokasi bersejarah yang terletak di Tenggara Eropah. Bagi yang berminat nak tahu boleh lah baca di SINI.

www.ceritaku.my

Jom...ikut saya ke Sarajevo. Ibu kota kepada Bosnia Herzegovinia. Nak cerita sikit pada pembaca. Di Bosnia mereka lebih menggunakan bahasa Bosnia, Croatia dan juga Serbia. Jangan risau, mereka juga boleh berbahasa inggeris. Kami sampai di Bosnia setelah 6 jam perjalanan dengan bas. {Macam nak balik kampung saja jauhnya,lamanya atas bas.}

www.ceritaku.my

Sampai saja di Sarajevo,agak terkejut sebab rasa sunyi tiada orang. Walau pun dah di hentian bas. Untuk makluman pembaca , stesen bas dan stesen keretapi sebelah-menyebelah. Boleh main cak--cak. Seterusnya kami naik lagi bas no. 6. 

www.ceritaku.my

Alhamdulillah bas nombor 6 bawa kami ke OLD TOWN. Orang Bosnia sebut Stari Grad 9 (Old Town). Memang menakjubkan,tak kala kaki menjejak bumi Sarajevo.

www.ceritaku.my

Jelas depan mata kami kesan sejarah lama Uthamaniyyah yang boleh dilihat pada struktur bangunannya. Memang kami sangat beruntung kerana dapat melihat kesan sejarah lampau.

www.ceritaku.my

Gambar di atas merupakan lokasi rehat dan minum. Nak minum tadah dengan bekas air terus teguk. Memang airnya bersih. Jangan tanya saya minum atau tidak? (nak tahu jawapan,sila belanja kopi dulu..hihiii)

www.ceritaku.my

Nampak tak menara masjid tu? Tinggi dan untuk pengetahuan pembaca sekalian muazzin melaungkan azan secara manual. Faham tak maksud saya, bilal naik ke menara dan melaungkan azan dengan suaranya. Masyaallah,kami dapat mendengar laungannya dengan jelas dan terasa seperti berada di zaman kegemilangan Bilal Bin Rabah.



Sekian. Nanti saya sambung kisah Sarajevo entry akan datang. Jangan lupa ke halaman ceritaku,lebih banyak gambar menarik yang boleh kalian lihat setiap hari. Kalau rasa rajin sila ke INSTAGRAM.

You May Also Like

0 comments