Kolam air panas Pengkalan Hulu , Perak
Salam ramadan buat semua pembaca. Apa khabar? Harapnya sihat dan gembira menjalani ibadah puasa. Untuk kali ini saya ingin kongsi pengalaman kami ke Kolam air panas,Pengkalan Hulu, Perak. Kami memang kurang mahir lokasi di sekitar Perak. Kebetulan kami keluar dari imigresen Thai-Malaysia dan terpandang papan tanda kolam air panas ini. Jaraknya lebih kurang 5km dari border / sempadan.
Berpandukan papan tanda,kami menuju ke lokasi sasaran. Akhirnya selamat sampai. Dekat sangat. Sangat menakjubkan kerana ianya bukan sekadar kolam saja, ada pula chalet bagi penginapan yang mahu bermalam di sini. Sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga sambil rekreasi di kolam air panas yang semula jadi ini boleh pula bermalam di chalet yang selesa.
Kolam ini dikekalkan dengan warna semula jadi. Rujuk pada gambar di atas.
Ada kemudahan surau yang besar dan bersih. Mungkin pihak chalet boleh membaik-pulih paip air di surau bagi memudahkan pelancong berwudu. (ketika saya ke sini pihak chalet sedang membuat kerja baik-pulih-mungkin sekarang dah makin cantik)
Kebetulan kami memang berhajat nak bermalam di sini,malangnya tiada bilik kosong. Tidak mengapa mungkin rezeki kami di masa akan datang. Lagi pun saya lihat pihak chalet begitu gigih membaik-pulih sekitar chalet ini.
0 comments