Bagan Lalang , Sepang

by - 16:00


Assalamualaikum,salam manis buat pembaca sekalian. Bagan Lalang lokasi rekreasi keluarga yang terkenal di Selangor. Pelbagai aktiviti yang boleh kita sekeluarga lakukan di sini. Kami memilih berkhemah. Lebih santai lebih seronok.

www.ceritaku.my

Boleh juga nak memancing,tapi kenalah pandai cari lokasi mamancing. Ada juga saya lihat berjemur ala-ala mat salleh,eeee....tak takut hitam agaknya. Berbasikal pun boleh sebab beberapa pelancong kelihatan gigih mengayuh basikal sepanjang pantai Bagan Lalang.

www.ceritaku.my

Kami mendirikan 3 khemah di lokasi yang berhampiran tandas awam berbayar,senang sikit nak lari ke tandas jika kecemasan. Maklumlah nak berkhemah di tepi pantai,tidaklah kami mampu bertahan dengan pancaran cahaya matahari petang. Jalan terbaik kami cari lokasi dibawah pokok yang berhampiran dengan taman permainan. Bestnya....siap bawa bekal, kami ber-bbq. Ala-kadar saja yang penting semua anggota keluarga kami seronok. Alhamdulillah malamnya berangin,sejuk lah malam kami dengan tiupan angin pantai. Lena tidur tanpa ulitan mimpi.

www.ceritaku.my

Pagi lagi saya dah bangun semata-mata nak ambil gambar ini. Hanya guna kamera telepon saja.

www.ceritaku.my

Bagi yang tidak bawa khemah jangan risau kerana ada Hotel Seri Malaysia yang berdekatan,homestay pun banyak. Boleh saja menginap di situ. Nak lokasi cantik boleh lah menginap di Avani Sepang Goldcoast.

Hanya kami memilih berkhemah kerana mahu kelainan untuk beriadah bersama keluarga. 

www.ceritaku.my

Inilah lokasi tapak perkhemahan kami. Bagi info selanjutnya pembaca boleh cari dalam pelbagai laman sesawang yang lain atau boleh saja baca di SINI dan SINI. Bye,sehingga ketemu lagi....

You May Also Like

0 comments