Tanjung Bidara, Melaka

by - 16:00

Assalamulailkum...salam riadah hujung minggu bersama keluarga. Kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca mengenai lokasi berkhemah yang menarik di Melaka khususnya Tanjung Bidara.


www.ceritaku.my

Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Bidara sekitar 2 jam dengan pergerakan santai riadah bersama keluarga. Seperti semua sedia maklum lokasi Tanjung Bidara ini sangat popular dikalangan warga tempatan dan pelancong yang datang dari luar negeri Melaka. Kalau terlupa bawa tikar atau pelampung untuk anak-anak jangan risau,anda boleh beli di kedai berhampiran. Peniaga di sini amat ramah,tanyalah apa saja maklumat pasti mereka menjawab dengan mesra.


www.ceritaku.my

Kami sampai agak awal dan berehat di depan kedai bawah teduhan pohon. Bestnya....angin pantai. Sambil berbual dengan pakcik kedai,rehatkan badan sambil mata melilau mencari lokasi nak dirikan khemah di sini.

www.ceritaku.my

Wah! saya jumpa ini. Keluarga yang bawa anak-anak bolehlah biarkan mereka berbuai laju-laju.

www.ceritaku.my

Rasanya dah dapat lokasi/port nak dirikan khemah. Alhamdulillah walau pun cuaca terik tetapi ianya berangin. Tanjung Bidara ini terletak dalam DUN ---- Masjid Tanah. Jumpa bandar Masjid Tanah pasti jumpa lokasi ke Pantai Tanjung Bidara. Jarak Masjid Tanah ke Tanjung Bidara lebih kurang 10km saja.Yang paling penting pantai Tanjung Bidara ini terletak bersebelahan dengan Kem Terendak. Pilihan lain kalau anda nak bercuti di sekitar sini bolehlah menuju ke Pantai Padang Kemunting atau ke Pantai Pengkalan Balak. Kalau ke Pantai Padang Kemunting bolehlah lihat Pusat Penetasan Penyu Karah atau ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi.


www.ceritaku.my

Kami memilih Tanjung Bidara. Inilah foto yang sempat diambil dengan telepon di kala senja menjelma. Sangat cantik,tenang. jangan risau ada surau berdekatan yang buka 24 jam. Hanya tandas dibuka hingga jam 8 malam. Kalau perlu ke tandas boleh saja jalan kaki ke luar jalan dan tak sampai 5 minit perjalanan ke surau berdekatan. (Surau di pantai ini tiada tandas. Mereka yang datang ke pantai Tanjung Bidara ini menggunakan tandas awam berbayar. Sangat puas hati dengan tandasnya yang bersih dan air yang laju).




www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Kami bermalam depan Menara Kawalan - JPA. Jangan risau, jika tiada teman khemah kerana bila selesai maghrib ramai anak muda yang datang bermain takraw di gelanggang berhampiran khemah kami. Info yang kami dapat lokasi ini memang selamat untuk berkhemah. Nak lebih selamat,silalah buat / mohon/nyatakan keinginan berkhemah di lokasi ini di Balai Polis berdekatan. Pihak polis akan meronda dan memastikan keselamatan kalian.

www.ceritaku.my

Gambar wakaf berdekatan dengan kami. Mulanya nak dirikan khemah di situ tetapi ianya agak jauh dari pandangan pihak berkuasa.

www.ceritaku.my

Intai-intai dari dalam khemah banglo kami.

www.ceritaku.my

Gambar pagi menjelma. Sepi dari pengunjung. Rupanya kami saja yang berkhemah yang lain agaknya balik rumah.

www.ceritaku.my

Lihatlah khemah kami sebelah pentas utama. Depan gelanggang takraw. Gambar diambil waktu pagi keesokkannya.

www.ceritaku.my
Sumber :internet
                                 

You May Also Like

0 comments