Pantai Saujana

by - 16:00

Assalamualaikum,apa khabar semua? Nak ke mana hujung minggu ini? Kalau belum ada aktiviti lagi boleh lah lihat gambar di bawah,mana lah tahu boleh ke lokasi tersebut. Kali ini saya nak bawa kalian bercuti hujung minggu dengan saya di Pantai Saujana. Lokasinya berhampiran dengan bandar Port Dickson,Negeri Sembilan.



www.ceritaku.my

Pantai Saujana terletak di batu 4 ,jalan pantai Port Dickson. Ianya berhampiran dengan Bandar Tentera Darat,sangat popular sebagai lokasi riadah keluarga.


www.ceritaku.my

Pantai Saujana terbentang sepanjang 1km hingga ke  Avillion Beach Resort dan Pantai Cahaya Negeri. Maknanya ketiga lokasi pantai ini saling menghubungi,bolehlah kita berjalan kaki sehingga ke Pantai Cahaya Negeri....kalau laratlah. Yang paling best...ada pasar malam setiap malam Ahad. Memang meriah. Jangan risau,ada juga kedai-kedai makanan yang boleh kita nikmati pelbagai juadah dari selera western hingga ke selera masakan melayu tempatan. Masakan ala-thai pun ada.


www.ceritaku.my

Inilah banglo khemah kami. Ada basikal nak lari kayuh beli aiskrim.

www.ceritaku.my

Kami ada jiran,jauh sikit. Mereka dirikan khemah berhampiran pantai. Kami dirikan banglo khemah kami dibawah teduhan pohon.

www.ceritaku.my

Antara bekalan kami. Entah macam mana kami rajin pula bawa pelbagai bekal. Ada air masak,kerusi lipat....yang paling best ada perapan ayam. Saja nak suka-suka main bakar-bakar ayam,walhal ada banyak kedai makan di sini.

www.ceritaku.my

Klik gambar...baca tau! Nak tengok gambar besar klik SINI.

www.ceritaku.my

Jangan nak tanya resepi. Ianya rahsia...kalau nak tahu juga,belanja kopi mahal.

www.ceritaku.my

Guna telepon saja untuk merakam saat terbenamnya sang mentari.

www.ceritaku.my

Agak-agak mereka bermalam tak di sini. Sila percaya,ada yang langsung tiada khemah tapi mampu bermalam dengan beralaskan tikar saja. Hebat!

www.ceritaku.my

Nak bersih tempat kita,kawasan riadah ini perlulah kita mematuhi peraturan. Tak rugi kita menjaga kebersihan.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Lokasi yang dibenarkan berkhemah. Patuhi peraturan keselamatan terjamin.

www.ceritaku.my

Sekian untuk kali ini,hingga kita ketemu lagi. Bolehlah plan ke Pantai Saujana bagi yang berminat,saya sekadar mempromosi lokasi yang cantik dan selamat untuk berkhemah.

You May Also Like

0 comments