Tamu Kota Belud
Assalamualaikum, salam jelajah negara sendiri. Kalau sebelum ini pembaca sudah baca mengenai Pasar Kota Belud dan Pasar Kota Belud 2. Kali ini saya ingin memaparkan gambar Tamu Kota Belud. Kami dah singgah Tamu Kota Belud ini pada tahun 2010 yang lalu. Kali ini kami singgah lagi.
Seawal jam 8 pagi kami sudah berada di sini,kerana jika pada tahun 2010 yang lalu kami terhimpit dengan kesesakan lalu-lintas. Kali ini kami bergerak awal dari Bandar Kota Kinabalu. Maklumlah saya membawa ibu dan anak saudara untuk bercuti di Sabah. Rupanya kami terlajak awal. Masih belum ada peniaga yang siap untuk berurus-niaga.
Dari jauh,pelbagai pelusuk kampung mereka datang semata-mata nak berniaga di Tamu Kota Belud. Tamu Kota Belud ini merupakan salah satu daya tarikan utama Negeri Di Bawah Bayu kepada dunia luar. Malah di Bandar Kota Kinabalu lagi sudah kelihatan kain rentang mengenai Tamu Ini. Tidak dapat dinafikan ada pelancong asing khususnya yang datang dari negara Eropah memang menanti hari untuk hadir dan merasai pengalaman di Tamu Kota Belud.Bagi yang berhajat mengenai lebih lanjut mengenai Tamu Kota belud bolehlah layari INI.
Tiada gambar menarik untuk dipaparkan kerana kami singgah awal di sini. Akhirnya kami bergerak ke Pasar Kota Belud. Emak beli pisang di situ "katanya murah!".
0 comments