Ulu Legong Hot Spring

by - 19:30

Salam lebaran buat semua pembaca. Ada plan nak bercuti tak? Bagi yang nak balik ke Kedah boleh singgah di Ulu Legong Hot Spring ini. Kami dah pergi. Lokasinya hanya sekitar 22 km dari Bandar Baling. Dari Kelantan kami nak ke Penang,tapi bila google ada lokasi menarik ini. Kami tukar plan dan terus pandu ke Baling menuju Ulu Legong.


www.ceritaku.my

Malam kami sampai,sesudah azan maghrib. Jangan risau sini ada surau. Senang saja kami dicaj rm5 untuk khemah banglo. Lihat gambar atas. Bayaran lain ada tapi Abe Mat yang urus semua,tapi kesimpulannya memang best tempat ini. Kami diberi kebebasan nak dirikan khemah banglo kami. Tetapi dengan syarat ianya tidak mengganggu laluan orang ramai.

www.ceritaku.my

Kami dirikan khemah atas rumput berdekatan dengan kolam. Mulanya kami 4 beranak saja di situ. Tapi beberapa jam kemudian datang pula keluarga lain yang turut mendirikan khemah berdekatan kami. Malah ada juga yang tidur beralaskan tikar semata-mata. Tidak boleh saya bayangkan kerana kami yang berkhemah ini siap hidupkan ubat nyamuk fumakila lagi. Kebetulan  nyamuk memang banyak  serta seronok terbang cari mangsa.
Internet

Internet

Internet

Oleh kerana kami lewat sampai tidak dapat nak ambil gambar. Saya lampirkan juga beberapa keping gambar yang saya ambil dari internet. Nak lebih real dan seronok,kawan pembaca sekalian kenalah cuba mandi air panas di sini. 24 jam dibuka. Ada kolam wanita,kolam kanak-kanak dan kolam dewasa. Sepanjang kami semalaman di sini tanpa henti pengunjung berendam dalam kolam air panas ini. Saya turun juga,nak merasa pengalaman mandi air panas. Best! 




Nak dapat info lanjut boleh layari / klik BALING.

You May Also Like

0 comments