Pusat Kraftangan Keningau
Alhamdulillah,kami nampak ada bangunan baru di Keningau. U-turn dan bila sampai depan bangunan barulah nampak. Ianya merupakan Pusat Kraftangan Keningau. Dulu kami sampai Keningau,tiada lagi Pusat Kraf ini. Dah semakin banyak perubahan di Keningau. Assalamualaikum orang Keningau! kami singgah lagi.
Internet |
Pusat Kraf Keningau ini terletak di km5, Jalan Apin-apin. Berhampiran jalan besar. Senang sangat nak perasan,sebab ianya bangunan baru dan berada di jalan besar laluan utama.
Internet |
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat Kraf ini. Sebagaimana contoh gambar di atas,aktiviti belajar mencanting batik. Saya lihat juga di sudut hujung bangunan ada aktiviti membuat botol atau bekas dari bahan kaca. Tidak ketinggalan saya dapat lihat ada sekelompok individu yang begitu ralit membuat pelbagai saiz bakul. Amat seronok 2 anak saudara melihat pelbagai aktiviti seni yang ada di Pusat Kraf ini. Bagi yang berminat nak membeli produk bolehlah pesan online di SINI.
Internet |
Internet |
0 comments