Desa Cattle Dairy Farm
Assalamualaikum,salam dari negeri di bawah bayu. Kami belum habis jelajah Sabah. Kali ini kami singgah di Desa Cattle Dairy Farm. Terletak lebih kurang 100 km dari Bandar Kota Kinabalu. kami terjah tak guna GPS (kalau guna GPS-Gerenti dan Pasti kami SESAT) Ini merupakan kali pertama saya dan keluarga saya ke lokasi ini. Mulanya kami sangka sudah sesat dijalanan. Alhamdulillah sampai juga.
Kalau menurut fahaman masyarakat tempatan Desa memberi maksud isi rumah. Mereka di sini membesar dan memberi susu segar ladang kepada segenap isi rumah mereka. Dikhabarkan susu segar ini sedap. Kalau pembaca nak tahu sedap atau tidak,jangan lepaskan peluang ke sini. 199 hektar luasnya ladang ternakan,hanya 10km ke pekan terdekat iaitu Kundasang.
Lokasinya amat menarik,kerana ada pakej perkhawinan yang menawarkan perkhidmatan mengambil gambar outdoor perkhawinan di lokasi ini. Sangat cantik pemandangan Desa Cattle Dairy farm kerana ianya terletak di kaki Gunung Kinabalu,seolah-olah kita berada di New Zealand. Sejuk ...berangin dan jangan lupa makan kudapan di sini.
Apa yang menarik ialah pengalaman baru buat anak saudara saya kerana dapat memberi kambing makan dan minum susu. Bagus tak? Belajar jadi penternak bila berada di lokasi ini. Riak muka takut pada awalnya,bertukar wajah keseronokkan kerana ianya pengalaman baru bagi anak gadis kami.
Internet |
Internet |
Internet |
Lagi gambar menarik pembaca boleh lah cari di laman sesawang,kerana saya mempunyai gambar koleksi yang terhad saja. Jangan risau banyak gambar menarik yang boleh kalian perolehi melalui laman sesawang lain. bagi yang berminat untuk menjejakkan kaki ke lokasi ini. Saya tinggalkan kalian dengan sedikit info travel,harapan saya ianya dapat membantu rakan pembaca untuk sampai ke destinasi ini.
- Lokasinya 100km dari Bandar Kota Kinabalu,kira-kira 2jam 30 minit perjalanan berkenderaan.
- 10km ke pekan terdekat iaitu Kundasang.
- Jenis lembu ternakan ialah baka Holstein-Friesian lembu yang diimport dari New Zealand.
- Dibuka pada umum mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
- Waktu pemprosesan susu ialah jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang setiap hari selasa, rabu dan ahad.
- Proses pemerahan susu dilakukan setiap hari pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
- Bayaran masuk ke sini dewasa rm4 manakala kanak-kanak rm3.
- Bagi yang berminat untuk sesi fotografi caj rm100 /pasangan.
- Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : Desa .
Jangan lupa kongsi gambar kalian....bye hingga kita jumpa lagi.
0 comments