Selamat datang buat diri sendiri
Assalamualaikum  dari  kejauhan  buat  semua  kenalan  yang  mengenali  kami . 
Walau jauh beribu batu harap hubungan silaturahim ini kekal . Perjalanan dengan waran kerajaan menempatkan kami di seat 1E dan 1F . Tak perlu masuk ke dalam perut kapal kena jaga line depan sambil mata tak lepas memerhati sumandak comey .
Perjalanan  kami  KL  - Kota  Kinabalu  memakan  masa  2jam  dan  10  minit . Tapi  dek  kerana  kepenatan  kapal  belum  berlepas  dari  landasan  KLIA  2  saya  dah  terlelap . Pecah  rekod  sebab  saya  bukan jenis  penidur . Dek  penat  melampau  terlelap  juga . Mata  terbuka  bila  kapal  berlepas . Tak  syok  sungguh  sebab  lepas  itu  mata  terus  tidak  mahu  lelap . Sekian  nanti  sambung . .

0 comments