Pasar Ranau , Unik
Assalamualaikum.Salam kembara dari negeri dibawah bayu . Sejuk pagi nak mandi sebelum kami merayap pekan Ranau.Kami tetap mandi walau sejuk . Bukan senang nak rasa sejuk musim sekarang maklumlah panas sangat la ni.
Buktinya sebelum jam 7 kami dulu sampai sebelum peniaga pasar datang. Gigih tak,datang awal pasar semata-mata nak ambil gambar sesuatu yang lama sudah tidak kelihatan di pasar-pasar semenanjung. Jom! tengok gambar seterusnya . ...
Tengok senarai gambar ☝☝ akak sendiri pun ada benda yang tidak tahu apa yang peniaga ini jual . Kena tunggu sehingga mereka selesai susun barang baru boleh mula sesi temuramah . Kalah abang Nash Terjah TV3 ni . ..gigih tau cari info.
Akhirnya akak jumpa seorang peniaga muda pertengahan umur 40-an dah hampir selesai susun barang. Apa lagi akak terjahlah...abe Mat dah ke depan . ..tak mengapa nanti mesti dia tunggu isteri dia . Sesi temuramah bermula . Bila nampak serbuk kepayang ini,macam tembakau halus yang boleh kita isi dalam rokok daun. Tetapi buah kepayang ini fungsi sangat bagus untuk nelayan . Kita sedia maklum nelayan kampung dengan perahu yang kecil bawa kotak atau peti untuk isi tangkapan. Bagi mereka di kampung kotak atau peti ini tidak diisi ais sebaliknya jika mendapat hasil tangkapan ikan-ikan terus dimasukkan dalam kotak. Seterusnya buah kepayang ini ditabur atas ikan-ikan tersebut. Menurut kakak peniaga, buah kepayang bertindak seperti ais boleh mengekalkan kesegaran ikan-ikan ini sementara nelayan bertolak pulang ke daratan . Ok
Ini pula kapur makan . Semua sedia maklum penggunaan kapur makan ini. Tak perlulah akak cerita. Di sini murah dan ada pelbagai saiz kalau nak beli kapur makan ini. Orang tua di sini akak lihat masih ramai yang makan sireh,memang senanglah nak dapatkan kapur untuk makan sireh. Tapi di pasar Ranau ini ada juga peniaga yang menjual sireh siap,tak perlu beli bahan kalau nak makan sireh hulur duit dapat sireh kunyah-kunyah la sireh tu. Pssttt . .akak tak makan sireh tau!
Selesai bab makan sireh. Ini pula minyak mulut fungsinya untuk menghilangkan warna merah mulut kerana makan sireh. Jangan tanya akak cuba atau tidak. Bibir akak merah kerana lipstik bukan makan sireh.
0 comments