Daun Gambir

by - 18:30

Assalamualaikum  dunia.Jaga  diri  cuaca  panas  amalkan  minum  air  dan  kekalkan  dalam  rumah  jika  tiada  keperluan  berada  di  luar  rumah. Kali  ini  akak  nak  cerita  mengenai  daun  gambir. Akak  jumpa  di  pasar  Ranau.

                                   


Sebenarnya akak tak sempat nak korek maklumat mengenai daun gambir ini dari peniaga di pasar Ranau,kerana tergesa-gesa hendak ke lokasi tamu pula. Jangan risau akak dah pun dapatkan beberapa maklumat mengenai khasiat ini melalui bacaan di beberapa laman sesawang. Antaranya ialah :

  1. Batang dan daun daun gambir ini jika dikuyah bersama dapat menguatkan gigi. Wah!sesuatu yang hebatkan.
  2. Daun ini juga berfungsi untuk menyamak kulit contohnya menyamak daging kulit ular,ikan atau buaya. Bolehlah pembaca cuba buat.
  3. Ianya juga digunakan sebagai pewarna merah bagi kain yang terdiri dari bahan kapas.
  4. Berfungsi juga sebagai ubat mulut,seperti bibir kering atau luka gusi...tapi tetap kena ke klinik tau!
  5. Boleh juga mengubati luka akibat terbakar - kena tumbuk halus dan tampal pada bahagian luka tersebut. (jangan pula ada yang culas jumpa doktor).
  6. Paling best bagi semua yang ada jerawat bolehlah amalkan ia sebagai masker pada wajah. 2 X seminggu...kalian cubalah,kalau berkesan nanti beritahu akak.
  7. Bagi yang mempunyai bintik pada wajah,kulit kusam jangan risau boleh dapatkan bedak sejuk yang mempunyai ekstrak ini,selalunya diperolehi dalam bedak beras putih. (Jangan tanya akak mana nak beli...)
Sekian ,laporan khasiat daun untuk manafaat semua.


You May Also Like

0 comments