Marakau Cabin Lodge, Ranau
Assalamulaikum...jom terjah Marakau Cabin Lodge. Punyalah melilau akak mencari lokasi ini. Suami tertanya-tanya "cari apa" dengan bangganya akak jawab "sesuatu yang menjadi kegilaan ramai". Nasib baik jumpa lokasi ini. Sebaiknya jika anda dari Pekan Ranau terus saja perjalanan ke bulatan Kampung Marakau,dan masuk melalui Kampung Marakau. Selepas jambatan atau sungai yang sekarang (oktober 2016 telah ditagalkan),belok kiri. Terus dan selepas simpang SK. Marakau anda akan nampak Marakau Cabin Lodge di atas.
Untuk pengetahuan kalian gambar ini akak ambil bulan Februari 2016,kami berjumpa dengan tuan miliknya. Pada masa sama lokasi ini masih dalam proses pembinaan. Yang berfungsi sepenuhnya hanya 2 kabin saja. Mungkin sekarang sudah banyak perubahannya. Kami tidak bersempatan untuk singgah lihat pembinaan terkini.
Tidak menyesal untuk kalian bercuti di sini sambil berlatar-belakang gunung Kinabalu. Pemandangan ini jelas cantik dan indah jika dirakam gambarnya waktu petang.
Ketika kami singgah awal tahun 2016,memang panas,walaupun jam baru menunjukkan pukul 10. Jangan risau kabin ini ada penghawa dingin. Yang pasti malamnya memang sejuk. Nak lebih sejuk datanglah hujung tahun kerana hujung tahun memang sejuk dan sentiasa hujan. Kalau kemarau memanglah panas.
Inilah gambar kabin awal yang sudah dihuni ketika kami singgah dulu.
Encik Suami bersama dengan Encik Gilbert (pemilik) seronoknya kami dapat berkenalan dengannya.
Malah akak kagum dengan usahanya yang gigih memajukan lokasi ini,secara tidak langsung masyarakat setempat turut terkena tempiasnya.
Ini boleh jadi bahan sejarah,sebab gambar ini merupakan gambar awal proses pembinaan Marakau Cabin Lodge. Akak juga tak sangka ianya terletak di kawasan tanah tinggi dan hanya di tepi jalan utama Kampung Marakau. Mungkin ketika kami singgah dulu tiada papan tanda di pinggir jalan.
Inilah gambar awal yang akak ambil dulu. Sambil dalam hati tertanya-tanya betulkah Marakau Cabin Lodge.
Dari bawah...gambar akak ambil,siapa sangka. Betul tekaan akak ini lokasi Marakau Cabin Lodges. Jangan lupa ini gambar awal tahun 2016,sekarang dah banyak perubahan. Bolehlah kalian terjah di FB rasmi Encik Gilbert.
Ini pula kedai runcit yang berada di bawah atau pinggir jalan. Jika kalian menginap di Marakau Cabin Lodges nak beli makanan ringan bolehlah turun berjalan kaki hanya dalam 100 meter saja.
0 comments