Tagal Lingkubang ,Kota Belud
Assalamualaikum,salam basah dari air Tagal Lingkubang. Asyik jalan naik motor dan berpanas saja. Kali ini akak bawa kalian ke Tagal Lingkubang, Kota Belud. Sebenarnya lokasi ini merupakan antara lokasi tarikan pelancong yang semakin dikenali ramai. Kalau yang sudah catar kenderaan atau memandu sendiri boleh saja singgah mandi-mandi di sini.
Lokasi ini diusahakan oleh Koperasi Pelancongan Tagal,Kampung Lingkubang. Terletak lebih kurang 25km dari Pekan Kota Belud,yang melalui jalan Ranau bypass.
Lihat gambar dibawah....ini merupakan gambar yang diambil awal tahun 2016,sekitar bulan April 2016. Sekarang sudah ada beberapa perubahan yang boleh kalian lihat sendiri,dengan syarat datanglah mandi-manda disini.
Setiap lokasi pelancongan pasti dikenakan bayaran,tidaklah mahal hanya rm3/seorang. Jangan lupa jika singgah sini bergambar dengan ikan batu ini.
Airnya jernih sesuai bagi anak kecil. Boleh sewa pelampung juga.Bahagian hujung lokasi ini ada kawasan ikan yang ditagal.
Aktiviti berkhemah juga boleh dilakukan disini,dengan bayaran sewa tapak rm5. Khemah dan peralatan lain kenalah bawa sendiri. Kalau rasa nak tidur diwakaf atau pondok tepi air ,boleh saja. Jangan lupa bawa ubat nyamuk. Siang hari pun banyak nyamuk,maklumlah kawasan air mesti ada lopak atau dedaun yang menakung air boleh ternak jentik-jentik.
Tidak hairanlah jika anda ke sini sudah ramai pelancong dari semenanjung singgah mandi-manda sebelum bergerak ke Kundasang.
Akak memang syorkan kalian jika berkereta singgahlah mandi-manda disini. Makanan siap masak bolehlah dihidang makan beramai-ramai disini. Kalau nak main bakar ala-ala bbq juga dibenarkan dilokasi ini. Ingat...semua bahan bawa sendiri...macam ikhtiar hidup pun iya, kalian boleh usaha untuk menjayakan aktiviti di sini.
0 comments