Eko Pelancongan 3V Kampung Nahaba, Kota Belud
3 V Merangkumi Villa, Villey dan View,lalu dinamakan lokasi ini 3V Kampung Nahaba. Assalamualaikum pembaca sekalian akak sekarang bawa kalian ke Kota Belud,lokasi perkelahan yang semakin popular dan sering mendapat tarikan pelanggan/pelancong hujung minggu di Kota Belud ini. Kampung Nahaba ini terletaK HANYA lebih kurang 13km dari Bandar Kota Belud.Untuk pengetahuan kalian ianya hampir juga dengan kem tentera iaitu Kem Paradise.Dan majoriti penduduk di sini beragama Islam. Info lain boleh klik di 3 V KAMPUNG NAHABA.
Gambar di atas akak ambil dengan izin tau! semua gambar diambil dengan izin petugas disitu.
Ini merupakan pondok atau surau yang dibina khusus buat muslim menunaikan WAKTU. WAKTU ini merujuk pada solat bagi golongan muslim. Surau diletakkan bahagian hujung selepas kaunter pendaftaran dan sesuai bagi akak,sebab tiada gangguan suara asing untuk solat. Ada lagi akak lihat kesan-kesan di bahagian akhir selepas surau ini yang bagi tanggapan akak mereka akan bina lagi pondok rehat. Kebanyakkan lokasi pelancongan yang wujud di Sabah ini,diusahakan oleh koperasi penduduk kampung bagi meningkatkan sumber ekonomi selain pertanian. Tahniah! ianya sangat bagus kerana hidup kita perlu menghargai alam ciptaan Allah.
Ini pula lokasi untuk terjun ke dalam air dengan gaya bebas pengunjung. Sangat popular lokasi ini. Ramai yang bergambar di sini. Tak percaya rujuk di 3V FB.
Ini pula merupakan pondok rehat yang dikenakan bayaran. Dan menurut petugas disini,di masa akan datang pondok ini juga akan dibenarkan untuk pelanggannya sewa dan berkhemah didalamnya.
Untuk sampai ke 3V ini ,nak mandi dan main air kena parking kereta di atas dan turun berjalan kaki ke bawah melalui tangga tayar yang disediakan. Iya,lokasinya menuruni tanah tinggi untuk park kenderaan. Bermandi dan main air di sungai bahagian bawah...tidak jauh dekat saja. Dan jangan risau tidak juga terlalu tinggi.
Kami berdua sekadar menjenguh saja,main air pun tidak. Hanya jadi penonton kepada orang yang main air. Kami makan nenas disini. Mana dapat nenas? Ada di kaunter pendaftaran yang dijual. Mungkin di masa akan datang kami datang berkhemah disini.
Bye...hingga jumpa dientry lain pula.
0 comments